Oleh : Hasnan Yahya
Sebanyak 14 Parlimen mengambil bahagian dan dua pasukan jemputan iaitu Akademi Bolasepak Melayu Kelantan(ABM) dan Dewan Himpunan Penyokong PAS Kelantan(DHPP) bagi merebut gelaran Juara 2011.
Kejayaan Kota Bharu melepasi perlawanan awal membawa hasil ke perlawanan akhir seterusnya membawa pulang sejumlah RM12 ribu hadiah termasuk Piala Pusingan dan Medal.
Kejayaan Kota Bharu melepasi perlawanan awal membawa hasil ke perlawanan akhir seterusnya membawa pulang sejumlah RM12 ribu hadiah termasuk Piala Pusingan dan Medal.
Kota Bharu yang menewaskan Machang di peringkat akhir dengan jaringan 5 -2 membuktikan keunggulan pasukannya yang sekian lama mengidam untuk memiliki piala Tok Guru tersebut.
Perlawanan akhir yang disaksikan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia,Sukan dan NGO Datuk Abdul Fattah Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Takiyuddin Hassan, Timbalan Exco Sukan Abdul Latif Abdul Rahman,Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Datuk Abdul Halim Abd Rahman dan Pengarah Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Abdul Aziz Yunus.
Turut sama Adun Kemuning Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman, Adun Pulai Chondong Zulkifli Mamat dan Adun Tanjong Mas Rohani Ibrahim.
Kehadiran penonton yang lebih 1000 orang membuktikan Kejohanan kali ini berjaya menarik belia dan rakyat negeri ini untuk sama-sama memberi sokongan kepada sukan bolasepak negeri Kelantan.
“Saya amat berharap pihak KAFA dapat menghantar wakil mereka untuk membuat penilaian sendiri dan pemain yang lahir dalam kejohanan ini adalah bermula di peringkat bawah lagi iaitu melalui Liga Dun dan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan