13 Januari 2012

Motivasi Al-Quran - Penceramah Cilik Tahfiz Dari Indonesia



Mohd Nahil Fatahillah Penceramah Cilik Tahfiz Dari Indonesia menyampaikan Kuliah di Medan Ilmu Kota Bharu Kelantan

11 Januari 2012

TGNA diraikan oleh kakitangan pejabat MB sempena ulang tahun ke 81

TGNA sewaktu diraikan oleh kakitangan pejabat MB sempena ulang tahunnya ke 81 tengah hari tadi. Turut sama dalam majlis berkenaan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dab ahli-ahli exco kerajaan negeri.

Sekitar PAS Kaw. Kuala Krai

Lantikan Politik (Ahli Majlis Daerah K. Krai & Dabong , Halaqat  & Penghulu  2012
Dalam perjumpaan Lantikan Politik 2012 bersama Pimpinan Pas Kawasan  Kuala  Krai
pada 11 januari 2012 (Markaz Pas Kuala Krai)

10 Januari 2012

Got Talent (Wanita Kelantan)

Lawak dalam ceramah Anwar



lawak ceramah Anwar Ibrahim pada 8 Januari 2012 di Kg baru pasal pengacara tv3 tersasul dlm berita buletin utama tersebut nama Anwar ibarat sbg PM malaysia ....

Sanah Helwah Tok Guru



‎::..SANAH HELWAH TOK GURU..::

BELIAU dilahirkan pada 10 januari 1931,,
ANAK yang ke 2 dari 9 adik beradik,,
Mempunyai 10 orang ANAK,5 LELAKI dan 5 PEREMPUAN..

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE 81 DATUK BENTARA SETIA TUAN GURU HAJINik Abdul Aziz Nik Mat..
SEMOGA ALLAH MEMANJANGKAN UMUR TOK GURU DAN TERUS MENTADBIR KELANTAN DALAM RAHMAT DAN REDHA-NYA..
SIIRU ALA BARAKATILLAH...
TAKBIRR!!!

Misi yang gagal...

09 Januari 2012

Program terkini...





Kebakaran Rumah Mak Ku Bidah pimpinan Muslimat RPT Mengkebang

YB. Ust. Hj Abdul Latif Abd Rahman  melawat Kebakaran rumah Mak Ku Bidah pimpinan Muslimat RPT Mengkebang yg berlaku sekitar 12.30 tgh  Kelmarin turut bersama Sdr. Zamri Jusoh (S/U Pas Kawasan K. Krai)  & Pimpinan Pas kawasan lain. 

Anwar Bebas...

Sumber: Kerabu Bersuara

DS Anwar Tersenyum Gembira, Bersiap Untuk Berucap!

Keadaan di luar mahkhamah tadi. Alhamdulillah, DS Anwar tersenyum gembira.
Ayuh kita sama bersyukur dengan keputusan ini
.

07 Januari 2012

901 : Ahli PAS boleh hadir 'Bebaskan Anwar' - Mat Sabu

NONEAhli, pemimpin dan penyokong PAS boleh menghadiri perhimpunan ‘Bebaskan Anwar’ pada 9 Januari ini meskipun tiada arahan bertulis daripada pemimpin atasan, kata timbalan presiden parti itu Mohamad Sabu.

Beliau mengulas kenyataan bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali yang semalam mengeluarkan kenyataan bahawa adalah tidak sesuai mengheret rakyat menyertai perhimpunan haram itu semata-mata bagi mempertahankan isu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hasan yang juga exco kerajaan negeri Selangor juga mengumumkan bahawa beliau tidak akan hadir pada Isnin ini.

Sah !!! Presiden Pas Akan Hadiri Himpunan 901


KUALA LUMPUR, 6 Jan: "Saya akan hadir, dan untuk ahli PAS pula, terserah masing-masing," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) ketika ditanya apakah beliau akan hadir dalam perhimpunan aman 9 Januari ini.

Perkara ini disampaikan Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada Harakahdaily.
Manakala itu Dewan Muslimat PAS, Dewan Pemuda dan PAS Selangor membuat keputusan akan menyertai perhimpunan aman di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari ini.

Gambar: Lautan Manusia membanjiri Machang mendengar amanat Anwar..


Padang Majlis Daerah Machang (MDM) malam tadi penuh sesak dengan orang yang datang untuk mendengar pesanan dan peringatan Anwar Ibrahim menjelang hari menjatuhkan hukuman ke atas beliau atas tuduhan meliwat. 

04 Januari 2012

Majlis Penyerahan Rumah Khairul Fahmi Che Mat



Majlis Penyerahan Rumah kpd penjaga gol TRW, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) sumbangan kerajaan negeri Kelantan sempena kejayaan Apek membantu negara menJuarai Piala Suzuki AFF..Tahniah Apek..

02 Januari 2012

Ihtifal PASTI Kaw. Kuala Krai 2011

Amanat Terakhir Anwar Ibrahim 901 di Machang

‘Tumpas’ kerana ingin ‘jerat’ YDP PAS


Rizal Tahir
KOTA BHARU, 2 Jan: Hanya kerana ingin ‘menjerat’ Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dalam laman tertutup facebook Umno-tumPAS, akhirnya aktivis dan penyokong Umno, Wan Musa Wan Ahmad yang tumpas dan seterusnya menyertai PAS.

Bekas Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Batu Empat, Jalan Kuala Krai itu petang tadi menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PAS bersama 20 orang yang lain kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Safwan akan ambil tindakan mahkamah insiden di UPSI

Oleh Mohd Farhan Darwis

KUALA LUMPUR, 2 Jan — Mohd Safwan Anang, mahasiswa yang mendakwa dibelasah teruk oleh anggota polis ketika insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa atas kecederaan yang dialaminya.
Peguam kepada Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) ini, Mohd Khairuddin Othman mendakwa pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak berkuasa berkenaan dalam masa terdekat.
“Safwan mendakwa dia dipukul menggunakan lutut oleh anggota polis terbabit sehingga pecah bibir, sakit dada, dan keadaannya sekarang stabil dan dia sudah sedarkan diri.

Video wanacara Sinar Harian - "Saya sedia hadapi hukuman"- Adam Adli

01 Januari 2012

Coretan Di Awal Tahun 2012 :Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nik Abdul Aziz Nik Mat
Hari ini hari yang pertama dalam tahun 2012 kalendar Masihi. Saya membaca dalam akhbar bagaimana kemeriahan sambutan tahun baru ini dan juga azam baru yang ditanam pada awal tahun. Alhamdulillah, Allah SWT masih memberikan kita nafas yang panjang dan mengizinkan kita untuk terus hidup di bumiNya sementara kita dijemput untuk mengadapNya dan pergi buat selama-lamanya.

Cuma ingin saya menukilkan sedikit rasa terkilan kerana umat Islam kini seolah-olah terpaksa menggunakan dua kalendar yang berlainan. Baru saja pada bulan lepas kita menyambut awal Muharram yang merupakan sambutan tahun baru 1433 H dan hari ini kita menyambut pula tahun 2012 yang merupakan tahun baru mengikut kiraan kalendar Masehi. Saya sering tertanya-tanya, kenapa perlunya untuk kita menggunakan dua kalendar ini dalam kehidupan kita pada hari ini? Apakah salahnya jika hanya menggunakan kalendar Hijrah dalam semua urusan hidup kita sehari-hari?

Tahun Baru 2012 Tercemar

FRU Belasah Pelajar Macam Nak Bunuh!

Anggota FRU telah bertindak ganas dan melampau di UPSI menyebabkan beberapa pimpinan pelajar mengalami kecederaan parah.

PIALA TOK GURU : Kota Bharu Juara 2011

Oleh : Hasnan Yahya


Datuk Abd Fattah mengiringi Tuan Guru di Perlawanan akhir Piala Tok Guru
KOTA BHARU, 31.Dis – Kemeriahan Kejohanan berprestij Bolasepak bagi merebut Piala Tok Guru berakhir malam tadi setelah sebulan diadakan bermula pada 2.Disember lalu.
Sebanyak 14 Parlimen mengambil bahagian dan dua pasukan jemputan iaitu Akademi Bolasepak Melayu Kelantan(ABM) dan Dewan Himpunan Penyokong PAS Kelantan(DHPP) bagi merebut gelaran Juara 2011.
Kejayaan Kota Bharu melepasi perlawanan awal membawa hasil ke perlawanan akhir seterusnya membawa pulang sejumlah RM12 ribu hadiah termasuk Piala Pusingan dan Medal.
Kota Bharu yang menewaskan Machang di peringkat akhir dengan jaringan 5 -2 membuktikan keunggulan pasukannya yang sekian lama mengidam untuk memiliki piala Tok Guru tersebut.
Perlawanan akhir yang disaksikan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia,Sukan dan NGO Datuk Abdul Fattah Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Takiyuddin Hassan, Timbalan Exco Sukan Abdul Latif Abdul Rahman,Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Datuk Abdul Halim Abd Rahman dan Pengarah Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Abdul Aziz Yunus.

Majlis Penyampaian Zakat Dan Bantuan Pakaian Seragam Sekolah

Majlis Penyampaian Zakat Dan Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Kpd Pelajar Miskin Yayasan Islam Kelantan Jajahan Kuala Krai Dan Gua Musang di SMU(A) As Saadah, Batu Mengkebang.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...