KOTA BHARU, 5.Dis - Sambutan yang amat menggalakkan dalam program yang dikenali “ Maghri Pakat Ggateh “ anjuran Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO di Tanah Merah baru-baru ini telah diperluaskan ke jajahan lain dan sabtu ini program ini akan di adakan di Kuala Krai.
Menurut Timbalan Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan, NGO Abdul Latiff Abdul Rahman program julung kali yang diadakan secara besar-besaran ini di jajahan Kuala Krai menggambarkan kesungguhan pihak kerajaan untuk membuka ruang kepada remaja mendekati aktiviti sukan berbasikal.
Program “Maghi Pakat Ggateh D’ Kuala Krai” ini akan meliputi tiga Dun dalam Parlimen Kuala Krai dan akan bermula di Padang Taman Chintawangsa berhampiran dengan Tasik Krai pada sabtu 10.Dis ini, pendaftaran akan dibuka pada pagi tersebut bermula jam 7.30 pagi.