26 Ogos 2011

PENTINGNYA USRAH DIKALANGAN PEMUDA

Kepentingan Usrah tidak perlu dibahaskan lagi kerana ia merupakan agenda yang telah direncanakan oleh Rasulullah s.a.w bahkan dilaksanakan dizaman baginda dan golongan yang mengikut jejak langkah Rasulullah s.a.w.

Apa yang menjadi masalah, usrah merupakan suatu istilah yang tidak difahami oleh golongan tertentu. Apa yang lebih malang adalah memahami kepentingan usrah tetapi mengabaikan keterlibatan untuk mengikuti usrah-usrah yang diadakan apalagi dikalangan pemuda.

Siapa yang bertanggungjawab sebenarnya? Ramai dikalangan kita memahami kepentingan usrah bahkan mengetahui kesan terhadap seseorang yang sentiasa mengikuti usrah. Kesannya adalah perubahan pada seseorang dapat dilihat sekiranya sering mengikuti usrah di mana perubahan ini membimbangkan golongan yang tidak ada rasa cinta terhadap islam apalagi perjuangan islam. Sistem tarbiyyah melalui usrah ini amat berkesan dan kita dapat melihat ianya merupakan agenda awal yang diatur oleh baginda sewaktu berada di Mekah; dilaksanakan di rumah Arqam bin Abi Arqam.

22 Ogos 2011

Apa Pula Pendirian Umno-MCA Dalam Isu JAIS?


Oleh Ust Tuan Ibrahim Tuan Man

Dalam keseronokan Umno menyerang PAS secara bertubi-tubi dalam isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyiasat Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) walaupun PAS telah menyatakan pendirian tegasnya dalam mempertahankan aqidah umat Islam, rakyat masih tertanya-tanya apakah pendirian sebenarnya Umno Barisan Nasional dalam isu ini pula.

Masih segar dalam ingatan ialah rakan terbaik Umno, MCA – parti yang disokong Umno untuk menyaman kerajaan Kelantan dalam isu mengharamkan judi melalui Presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek dalam kenyataannya yang dipetik Harian Metro telah secara terbuka mengutuk tindakan Jais dalam menyiasat GMDU sebagai satu tindakan yang memalukan.

Dr Chua turut dipetik sebagai berkata Jais, yang terletak di bawah bidang kuasa anggota exco daripada PAS Datuk Dr Hassan Ali perlu memberi penjelasan tentang isu itu dan memohon maaf kerana menceroboh premis gereja berkenaan serta kelemahan pihaknya mengendalikan perkara itu. “Kejadian ini menunjukkan bahawa PAS tidak liberal seperti yang didakwanya,” tambahnya lagi.

Selain itu, Naib presiden MCA, Gan Ping Sieu pula berkata, tindakan para pegawai Jais itu mencerminkan sikap pakatan pembangkang yang berfikiran sempit serta tebal dengan semangat kedaerahan. Jadi, apakah pendirian rasmi Umno Barisan Nasional dalam isu ini? Satu belah, Umno menuduh PAS tidak menjaga aqidah umat Islam, rakan baiknya MCA pula menuduh PAS untuk perkara sebaliknya. Sejak penubuhan PAS, rata-rata umat Islam tahu parti sentiasa berpendirian dengan tegas bagi mempertahankan aqidah umat Islam, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti sehinggakan hari ini Umno and MCA masih menakutkan umat Islam dan bukan Islam bahawa kita satu parti yang ekstemis dalam mempertahankan aqidah umat Islam – tak boleh judi, tak suka arak, membanteras murtad dan sebagainya.

Najib Razak memecah kesunyian


Akhirnya, Perdana Menteri Malaysia Najib Razak memecah kesunyian mengenai pembelian cincin berlian biru isterinya yang didakwa bernilai AS $ 24 juta, besan dan mengenai dakwaan beliau dari Kazakhstan adalah sebahagian daripada geng Mafia Rusia. Sekarang, mungkin lebih baik jika dia telah berdiam diri sahaja.

Pendedahan yang telah dibuat menunjukkan bahawa beliau menggunakan kekerasan fizikal dan imejan untuk menutup reputasi beliau selepas Kompas, sebuah akhbar Indonesia mendedahkan laporan pada 4 Ogos lepas mengenai keterlaluan ahli keluarganya.


"Adakah Kompas menarik balik laporan mereka dan memohon maaf kerana silap melaporkan dan memfitnah Najib atau adakah editor Kompas yang menemu bual Najib hanya meminta maaf atas ihsan kerana memalukan beliau setelah mereka berjumpa? Juga, mengapa pula kebetulan Najib tiba-tiba bersetuju untuk ditemuduga pihak Kompas? Kelihatan ini seperti langkah kurang bijak, satu lagi kesilapan yang memalukan.” Kata Timbalan Presiden PKR, Tian Chua.

21 Ogos 2011

Sumbanga Derma Untuk Pembangunan & Kebajikan Pasti Kawasan Kuala Krai


Sumbangan dan sedekah YB/Dato/Datin/Tuan/Puan tersebut boleh disalurkan melalui mana-mana ahli jawatankuasa PASTI Kawasan atau terus ke akaun PASTI Kawasan yang bernombor 03072010005408 (Bank Islam M. Berhad) atas nama PASTI KAWASAN KUALA KRAI.

Atau Hubungi 017-9154614 (pengerusi PASTI kawasan.)


Sumbanga daripada semua amat diharap-harapkan untuk pembangunan & kebajikan PASTI Kuala Krai sempena Ramadhan al-Mubarak ini.....

19 Ogos 2011

Program Tadarrus & Iftor Pemuda Kuala Krai di Kg. Sri Jaya Dabong. (09/08/2011)

Ustaz Mohd Zaki Idris (Timb. K. Pemuda) sedang menyampaikan
Tazkirah Ramadhan di Madrasah Sri Jaya.

Hadirin yang hadir di majlis Tadarrus

sebahagian penduduk setempat yang hadir, mendengar tazkirah Ramadhan




Ucapan Ketua Pemuda (Ustaz Mahadi Mat zin)

Program Tadarrus & Iftor Pemuda Kuala Krai bersama Pemuda Negeri di Masjid Mukim Chucuh Puteri (B) 03/8/2011


Tazkirah Ramadhan disampaikan oleh Ustaz Hafiz Musa
Naib Ketua Pemuda PAS Negeri kelantan.


Sebahagian Hadirin yang khusyuk mendengar tazkirah Ramadhan


Sebahagian Hadirin yang khusyuk mendengar tazkirah Ramadhan

18 Ogos 2011

Lagi Gambar Artis Dedah Aurat Hina Islam.

Kalau nak jadi duta iklan pun.. jangan la sampai buat latar belakang cam masjid... tak hina islam lagi camni....???

Lawak Hina Islam : Pakaian Muslimah Jadi Bahan Gelak?


Rancangan Oh Yeah! yang ditayangkan di Astro, menayangkan lawak yang melampau. Artis Muslimah Melayu (Khairiah) berlakon hingga memberikan persepsi negatif kepada Islam (menghina Islam) dengan memberi intrepetasi pakaian Muslimah (dalam lakonannya) mengikut citarasa sendiri untuk dijadikan bahan gelak tawa.

Memang bila perkara begini berlaku, tidak ramai yang melenting. Malah tidak mengambil endah sedikitpun. Golongan berwajib hanya melenting apabila sesuatu perkara itu boleh dijadikan isu khususnya menyentuh mengenai politik melibatkan Pakatan Rakyat. Ataupun juga penghinaan oleh Non Muslim seperti video yang dibuat oleh Namawee (yang jelas bukan Islam). Namun bila melibatkan orang Islam sendiri, tidak kira individu berkepentingan atau badan tertentu Kerajaan, hanya mendiamkan diri sahaja.

dengan memberi intrepetasi pakaian Muslimah (dalam lakonannya) mengikut citarasa sendiri untuk dijadikan bahan gelak tawa.

15 Ogos 2011

Mai UMNO dengaq cakap ulamak, jgn dok pikiaq Islam ikut kepala hotak



Saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat.


Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan;


1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

Jawab Mashitah : PAS pilih JAIS atau DAP ...jawabnya PAS Pilih ISLAM



Maka bertarilah kalam Mashitah, Ulama Wanita Umno dalam akhbar Sinar Harian menghentam PAS kononnya PAS takut kepada DAP sehingga tidak berani menegakkan kebenaran dalam isu pemeriksaan JAIS terhadap gereja kristian baru-baru ini.

Katanya, PAS sudah tunduk kepada DAP dan tidak lagi berjuang dengan prinsip asalnya iaitu Islam.

Saya hairan sejak bila pula Mashitah simpati dan peka terhadap perjuangan PAS. Apa yang menyebabkan tiba-tiba beliau simpati kepada PAS. Lebih baik dia mereformasikan Umno supaya mengambil Islam sebagai asas perjuangan.

Dengan kuasa yang ada mereka boleh melaksanakan Islam di dalam negara kita ini. Undang-undang murtad yang sepatutnya sudah lama digubal dan digunapakai di Malaysia ini tidak dilaksanakan oleh Umno sebab apa? Mengapa Mashitah tidak bising?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...