18 Jun 2010

Perlawanan Bolasepak 9 Sebelah Piala YB YDP Kuala Krai

Pertandingan bolasepak 9 sebelah Piala YDP Pas Kawasan Kuala Krai yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Krai berlangsung pada pagi ini dan dirasmikan oleh YB Ustaz Hj. Abdul Latiff Abdul Rahman (YDP Kawasan) pada pukul 11 pagi tadi.
Pertadingan mendapat sambutan seluruh pemuda-pemuda kuala krai yang menyaksikan 40 pasukan telah menyertai pertandingan ini.
Perlawanan diantara pasukan diadakan di dua tempat berasingan iaitu di Padang KTM & Padang SMK Teknik Kuala Krai. Pertandingan ini dijangka berakhir pada petang esok hari (19/06/10)
Pemuda UMNO turut menyrtai pertandingan

Selamat pengantin baru.....!!!


Sdr. Wan Mohd Zaidi (Ajk Dewan Pemuda Pas Kuala Krai)
yang melangsungkan perakahwinannya Pada hari ini 18/06/2010

17 Jun 2010

Hujan Iringi PM Terbang Awal, Hmm..Padan Muka Najib

Oleh: AnakSungaiDerhaka

"Malam ini asalnya dijangka mencatat sejarah tertentu bagi Kelantan. PM akan sepentas dengan Mursyidul Am PAS yang juga MB Kelantan, menyaksikan perasmian Kelantan Fiesta oleh Baginda Pemangku Raja Kelantan.

Malam ini, sejarah masih tercatat tetapi dengan cara yang sama sekali tidak dijangka.Bukan sahaja Pemangku Raja tidak berangkat atas apa jua sebab, PM yang dalam rangka lawatan rasmi sehari ke Kelantan dan kemuncaknya akan merasmikan sendiri event Kerajaan Pusat yang dinamakan Kelantan Fiesta itu di Stadium Sultan Muhammad, pulang awal tanpa sempat menjejakkan kaki ke situ.MB dan Kerajaan Negeri memutuskan tidak bersama, antara lain kerana pertukaran dari 'agenda bersama' kepada 'hanya agenda Pusat'.

Poster One Malaysia menunjukkan PM akan merasmikan acara itu tergantung di sana sini.Kemuncaknya malam ini, hujan ribut 'menyerang' semua persiapan di Stadium bersejarah itu.

Hujan bermula sejak 8.30 malam. Sehingga jam sebelas setengah, ia masih turun renyai-renyai selepas turun dengan lebat sebelumnya.Orang ramai, atas apa jua sebab, samada kerana hujan dan ribut mahu pun hal yang lain, tidak membanjiri stadium itu seperti lazim berlaku pada acara anjuran Tok Guru sebelum ini. Suku stadium pun tak ada. Lengang.

Tentulah memalukan untuk PM datang berucap dalam suasana hiba seperti itu. Ia bukan lagi kemuncak yang ditunggu tetapi kemuncak yang sangat mengharukan.Tidaklah ganjil untuk PM memutuskan terus menaiki pesawat pulang ke pangkuan keluarga tercinta.






Tok Pa terpaksa menggunakan Loud Hailer keranaSound System gagal berfungsi

Datuk Mustapa terpaksa memikul akibat dari keputusan politik dangkal mengenepikan Kerajaan Negeri dan tetamu kehormat lainnya di saat akhir, sehingga akhirnya beliau terpaksa berdiri di hadapan padang yang kosong untuk acara perasmian mengantikan PM. Tugas yang berat. Tak semena-mena, bekalan elektrik pula terputus.
Ketentuan Ilahi nampaknya tidak menyebelahi penganjur, walau apa jua motif mereka.Saya membuat catatan ini sebagai mengingati besarnya kuasa Ilahi dan eratnya Kelantan dijaga oleh Pengawal langit dan bumi.
Di padang yang mulia kerana telah menyaksikan ratusan ribu manusia telah sujud di atasnya dan tidak kurang pula titisan air mata yang tumpah ketika heningnya hubungan para hamba dengan Sang Pencipta di situ dalam siri-siri solat hajat yang telah berjalan berbelas kali, nyata menunjukkan keramatnya.Termasuk solat hajat royalti minyak.
Solat hajat untuk ummat Palestin. Solat hajat untuk memenangkan perjuangan rakyat.Nampaknya, padang itu tidak mudah melupakan pihak yang menganiayai rakyat Kelantan tetapi mahu berpesta di atasnya.Mengenepikan tuan rumah - tentulah bukan langkah bijak. Apa lagi, PM semata-mata bukanlah tarikan besar bagi orang Kelantan untuk memenuhi stadium sebesar itu.
Usahkan stadium, dewan biasa pun belum tentu penuh.Lantaran itulah, langkah awal penganjur ialah berpijak atas kerjasama dengan Kerajaan Negeri. Bermakna bekerjasama dengan populariti Tok Guru. Dari sana, penetrasi boleh bermula.Entah apa gerangan dan perhitungan, di saat akhir mereka ingin bersendiri. Sesetengah berkata, 'UMNO tetap UMNO...'.Ada peluang, mereka mencengkam. Taring UMNO mereka sentiasa tersedia.

Sumber gambar dan Artikel sila lihat di SINI

Hujan Iringi PM Terbang Awal, Hmm..Padan Muka Najib"

15 Jun 2010

gambar Sekitar pengkebumian Allahyarham Ustaz Hassan






kepada semua pemuda2 dan peminat2 bolasepak kuala krai, kami dari dewan pemuda pas kawasan kuala krai menjemput dan mengalualukan anda semua bagi menyertai kejohanan piala Yang Di Pertua (YDP) PAS Kawasan Kuala Krai 2010 yang akan berlangsung pada 18/6/10 di padang KTM kuala krai. Terbuka Untuk Semua Warga Kuala Krai. majulah sukan untuk islam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...