06 Mac 2010

Kejohanan Futsal Tertup Parlimen Kuala Krai Peringkat Dun Dabong

DABONG, 5 Mac : Satu Kejohanan Futsal Tertutup Parlimen Kuala Krai, Peringkat DUN Dabong telah diadakan di Padang Majlis Daerah Dabong hari ini. Kejohanan ini dianjurkan oleh Lajnah Sokan, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai.

Mengikut pengarah kejohanan, En. Ismail Mohd, yang juga Ketua Lajnah Sokan DPPKKK, penganjuran kejohanan ini merupakan salah satu kejohanan yang diadakan di setiap dun. Dun Dabong merupakan dun yang kedua diadakan selepas dun Manek Urai.

Dalam kejohanan di Dun Dabong, Pasokan Kemubu A telah muncul juara dengan mengalahkan pasokan Kuala Gris dan membawa pulang wang tunai RM 300.00. Pasukan yang muncul juara akan mewakili Dun ke peringkat parlimen.



















01 Mac 2010

Kursus Peningkatan Bacaan Al-Quran Peringkat DUN Dabong

Urusan Ulamak Majlis Tindakan DUN Dabong telah mengadakan satu Kursus Peningkatan Bacaan Al-Quran pada 27 Februari 2010. Bertempat di Masjid Al-Insaaf, Dabong Hilir, Kelantan Darul Naim.

Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi tu telah dihadiri oleh Pegawai Halaqat, Pembatu Pegawai Halaqat Dun Dabong, guru-guru al-Quran, serta guru-guru KAFA Dun Dabong.

Tenaga pengajar ialah Tuan Haji Abdul Ghani Bin Che Ali yang merupakan Guru Al-Quran Dun Kuala Balah. Beliau juga merupakan pimpinan Urusan Ulamak Dun Kuala Balah, Kelantan.

Menurut Ketua Urusan Ulamak Dun Dabong, Tn. Hj. Mhd. Yusoff B Daud, program yang julung-julung kali diadakan ini sungguh berjaya dan mendapat sambutan semua. Menurutnya, Insya Allah program seperti ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang.

Dalam majlis tersebut, para peserta didedahkan dengan bacaan al-Quran yang sebenar berkaitan hukum-hukum tajwid.

Syabas Dun Dabong!!!.













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...