12 Januari 2010

SPR : Don't Do Rubbish Thing!

Saya cukup pelik dengan tindak tanduk SPR Malaysia ini. Memang pelik.

Hari ini, Berita Hairan UMNO melaporkan bahawa SPR menganjurkan sepenuhnya Pilihanraya/Pemilihan ketua murid bagi Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 (SKTTDI1).

Don't you have anything else to do?

Tempoh hari, SPR beria-ia (mewakili UMNO) merayu keputusan Hakim supaya tidak diadakan pilihanraya di Kota Siputeh. Alasannya apa? Kos yang tinggi. Dalam banyak-banyak alasan dan hujah, mereka berikan alasan kos yang tinggi dan pilihanraya yang terlalu kerap mengakibatkan perbelanjaan yang besar bagi mereka.

Nonsense!

Kerajaan dan rakyat tidak pernah membiarkan SPR mencari duit sendiri. Bukannya Pengarah SPR dan para pegawainya terpaksa berniaga, bekerja, dan mengutip derma untuk menyediakan dana pilihanraya. Rakyat membayar cukai dan kerajaan akan memberi kamu duit. Kerja kamu, hanya mengadakan pilihanraya.

Janganlah kerana alasan duit sahaja, yang terlalu daif dan dangkal hujahnya, diletakkan lebih tinggi daripada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah. Polisi yang harus gunapakai oleh pentadbiran dan perjalanan Kerajaan Negeri terpaksa diabaikan dek kerana hujah bodoh SPR.

Hari ini, SPR bertindak bodoh lagi dengan menganjurkan pemilihan di sebuah sekolah rendah.

Datanglah ke Kuala Krai ni, banyak tadika nak pilih ketua kelas.

Nazman Che Iberahim
Ketua Penerangan DPPK K. Krai

02 Januari 2010

Nok Kenal Ore Kelate Murtad...


Rakyat Kelantan terkenal dengan "ketaksuban" mereka dengan budaya mereka. Mereka berada di seluruh pelusok Malaysia. Bahkan di seluruh dunia. Mereka akan membawa budaya mereka ini di mana sahaja mereka berada. Antara budaya-budaya yang "amat keramat" ialah budu , loghat percakapan mereka dan kesatuan komuniti mereka.


Tentang budu, mereka sanggup pikul gelen budu masuk ke perut kapal terbang jika mereka merantau jauh atau balik dari bercuti di kampung halaman. Begitu juga "kecek" mereka. Mereka tetap amalkan loghat mereka di mana jua berada. Bahkan ramai rakan-rakan mereka dari negeri lain terikut-ikut dengan "kecek Kelantan". Malah ada rakyat Mesir dapat bercakap loghat Kelantan hasil pergaulan dengan pelajar Kelantan di Mesir. Begitu kuat pengaruh budaya mereka.


Kesatuan komuniti rakyat Kelantan juga tinggi. Lihatlah semasa Final Piala Malaysia 2009. Ramai rakyat Kelantan yang tinggal, bekerja dan belajar di sekitar Lembah Kelang "turun" ke Stadium Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada pasukan Kelantan.


Sifat budaya kesatuan komuniti ini di bawa oleh mereka bertujuan untuk tolong menolong dan saling bantu membantu. Jika orang Cina boleh wujudkan "China Town" di seluruh dunia, orang Kelantan juga telah mewujudkan "Kelantan Village" di seluruh negara.


Dengan 3 aspek budaya di atas tadi iaitu budu, loghat dan kesatuan melahirkan orang Kelantan yang berjiwa bebas, merdeka, punya jati diri , bijak berpolitik, sayang dan kasih kepada negeri mereka.


Mana-mana orang Kelantan yang "menjauhi" dari 3 aspek budaya itu, akan dipinggirkan dan di gelar sebagai "Ore Kelate ye murtad" ! Jika ada orang Kelantan yang "kecek bahasa luar" sesama sendiri akan mendapat label "murtad". Begitu juga yang tidak bergaul dengan komuniti sendiri dan mengutuk dan tidak membela negeri sendiri juga bakal di gelar demikian.


Dalam kes royalti, suatu sikap yang aneh lagi pelik apabila ada orang Kelantan tidak "satu hati" menuntut hak negeri mereka sendiri. Alangkah peliknya nama-nama besar seperti Awang Adek, Mustafa Mohammad, Ibrahim Ali dan Anuar Musa "bersungguh-sungguh" menafikan hak Kelantan mendapat royati minyak.


Mereka semua punya pengaruh di Putrajaya. Mereka juga anak jati Kelantan. Mana dia sifat jati diri, kesatuan komuniti dan sayang kepada bumi kelahiran ?


Berlainan isu pampasan Empangan Pergau tahun 1991 dahulu. Semua rakyat Kelantan "satu hati" menyokong tuntutan TG Nik Aziz terhadap pampasan dari TNB.


Kalau Ahmad Maslan maupun Samy Vellu menentang hak royalti Kelantan, itu bukannya suatu yang pelik. Tetapi ini mereka adalah anak kelahiran Jeli, Bachok, Melor dan Pasir Mas. Bukan lahir kat Sungai Siput !


Mungkin pembesar-pembesar Kelantan ini sudah lama tidak makan budu, kecek bahasa luar dan asyik bergaul dengan orang Kuala Lumpur. Inikah orang Kelantan yang "murtad" ?
http://tokpepijat.blogspot.com/


Aksi Lawak Bodoh 2009...saksikan

Berikut adalah himpunan aksi lawak bodoh sepanjang tahun 2009.Aksi lawak bodo berani mati ini menggunakan modus operandi yang sama serta font yang sama pada kain rentang. Bukan calang-calang manusia yang mendapat peluang berdemo tanpa air asid ataupun bom beracun.Cuma manusia terpilih sahaja yang mendapat nikmat seperti itu.

Sebab itu kita dapati tidak ramai yang dapat beraksi dalam setiap episod lawak bodo yang dilakonkan. Paling ramai 40 orang sahaja yang bernasib baik untuk menyertai lakonan lawak bodo ini.

Namun jumlah itu akan menjadi 40,000 orang apabila diberitakan secara superimpose oleh media-media monyet dan ungka untuk sebaran di seluruh belantara.Ini selaras dengan konsep 1Malaysia yang cuba dikomersilkan,asal nampak nombor 1 saja,terus disuperimposekan dengan menambah perkataan Malaysia di bawahnya.

Jangan mimpi untuk kita menyaksikan adegan polis kejar mengejar dalam siri lawak bodo ini. Dengan keistimewaan yang dianugerahkan itulah wajar kita menganugerahkan mereka Raja Lawak Bodo 2009.biaqpila.blogspot.com





01 Januari 2010

RM800 Juta : Dosa UMNO

Oleh : Nazman Che Iberahim

Akhbar dan media yang pro-UMNO, ataupun yang sememangnya hidup di atas modal dan saham UMNO, dengan riuh mengkhabarkan berita tentang wang dalam jumlah besar yang terpaksa dibayar oleh Kerajaan Kelantan kepada satu syarikat pembalakan Singapura,
Timbermine Sdn Bhd kelmarin.

RM800 juta bukan sedikit adik kakak sekalian. Biar saya tulis dalam bentuk begini, 800, 000, 000.00. Banyak kosong bermakna besarlah angkanya.

Perjanjian dibuat pada zaman pemerintahan UMNO di Kelantan pada era MB UMNO, Datuk Mohamed Nasir dahulu. Mohamed Nasir pada tahun 1975 membatalkan perjanjian dengan syarikat tersebut, namun hanya pada tahun 2004 tindakan saman dibuat oleh mereka ke atas Kerajaan Kelantan.

UMNO selalu suka tinggal tahi pada PAS untuk dicuci. Lihat sahaja selepas PAS ambil alih kerajaan negeri pada tahun 1990, UMNO tinggalkan hutang sebanyak RM718 juta kepada PAS Kelantan.

RM 800 juta adalah juga dosa-dosa UMNO.

Keputusan Mahkamah diatur?

Saya tidak tolak kemungkinan keputusan mahkamah ini dirancang oleh UMNO-Barisan Nasional. Mahkamah dan para hakim yang korup adalah salah satu daripada tongkat hidup UMNO. Perkara ini hanyalah satu senjata untuk memberi 'ruang' berfikir secara rasional kepada rakyat Kelantan akan kewajaran menerima wang ehsan berbanding wang royalti.

Kelantan sedang dalam usaha menuntut RM 1000 juta/ 1 billion daripada Dato' Najib. Maka sekiranya RM800 juta tidak dapat dirayu jumlahnya, ataupun tindakan rayuan seperti yang disebut oleh Dato' Husam semalam tidak berjaya, maka sudah pasti nilai RM800 juta akan menjadi satu bebanan kepada Kerajaan Kelantan.

Congaknya, RM1000 juta (royalti) - RM 800 (saman Timbermine), maka yang tinggal hanya RM200 juta sahaja untuk rakyat. Maka, adalah lebih baik sekiranya RM1000 juta ini dimasukkan secara sepenuhnya ke kantung JPP, atas nama 'pembangunan dan kebajikan' rakyat. Secara menyeluruh dan melata kebajikan untuk rakyat (baca: kroni).

Secara rasional, rakyat mungkin akan berfikir, "ah, lebih baik dapat wang ehsan, kalu royalti, mungkin tinggal sedikit sahaja untuk rakyat selepas ditolak dengan saman balak tu".

Adapun, lebih malang lagi sekiranya duit wang ehsan tetap mengalir masuk ke poket JPP dan kerajaan negeri pula tetap kena bayar syarikat tersebut. Huh, pening!

Hentikan Polemik Dalaman

Saya mewakili DPPK Kuala Krai menyeru semua pimpinan parti dan kerajaan negeri Kelantan supaya menolak ke tepi semua permasalahan dalaman kita kerana letihnya berdada dengan musuh boleh dikatakan kurang berbanding gusti lengan sesama ahli dan pimpinan jemaah sendiri.

Ayuh tumpukan kepada perkara yang lebih penting untuk membawa kebaikan kepada seluruh rakyat Kelantan dan ingatlah sentiasa matlamat kita untuk menawan Putrajaya bagi menyebar-luaskan dakwah Islam di negara ini. Sering kita sebutkan bahawa PRU-13, UMNO BN akan berkubur, akan tetapi kita sendiri semakin diseliputi masalah dalaman dan pergeseran sesama sendiri hingga terlalai akan matlamat perubahan untuk membina satu Malaysia baru yang lebih gagah dan terbinanya biah solehah.

Jangan yang dikejar tidak kesampaian, yang di dalam genggaman dirampas orang!

Tolak Ansur demi Masa Depan Islam

Biar semua daripada kita menyumbang kepada pembangunan negeri dan keutuhan kerajaan PAS. Tidak kira ulama, yang ada panggilan 'ustaz', yang bernama professional, yang ada kombinasi kedua-duanya, mahupun rakyat marhaen sekalian, biar ada sumbangan kepada Islam dan kebajikan rakyat. Janganlah hanya pandai berceramah dan selesa dengan title tertentu, tetapi tidak mampu untuk menyelesaikan permasalahan ummah. Tuntutan ekonomi semasa harus seiring dengan dekatnya rasa hormat rakyat kepada kerajaan Islam.

Cuba bezakan antara kepentingan peribadi, keluarga dan ummah. Apatah lagi jika ianya melibatkan masa depan dan harapan rakyat terhadap parti Islam ini.

Cuba juga lihat dengan mata hati, adakah perbezaan pendapat antara kita disebabkan perkara pokok ataupun hanya kerana perbezaan metod dan pendekatan dalam perjuangan? Kita bertembung dengan UMNO atas dasar perkara yang paling asas dan pokok iaitu kita mahu Islam dan mereka menolak serta memperolok-olokkannya.

Kita sesama sahabat jemaah, hanya berbeza kaedah dan pandangan untuk berjuang. Matlamat tetap sama. Jika kita telah tersilap dan melakukan kesalahan dalam menguruskan parti dan kerajaan Islam, akuilah kesalahan tersebut dan cuba untuk menebusnya dengan cara yang terhormat. Bukannya dengan mengusutkan lagi keadaan dan mengheret sama kerajaan Islam sehingga tumbang bersama-sama dengan karier dan masa depan si 'pesalah'.

Wallahu'alam.

Mari terus berjuang! Kami tetap berada bersama Tok Guru Nik Aziz, bahu-membahu, taat setia, dengan Menteri Besar bagi bumi bertuah Tanah Serendah Sekebun Bunga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...