10 Julai 2010

Kerajaan harus terbuka terima kritikan

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) bersikap lebih terbuka dan sedia menerima kritikan parti sendiri mahupun pembangkang.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, ajaran Islam sendiri menuntut bahawa sebarang teguran dan kritikan tidak ditutup malah hendaklah dijawab dengan baik oleh kerajaan mahupun pihak yang dikritik.

“Ini cara demokrasi, apa sahaja (kritikan) dari Pas atau UMNO cakap, kerajaan jawab balik, jangan tutup begitu, kalau tidak ada modal nak jawab kenapa nak jadi kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas kuliah Jumaatnya di sini, semalam.

18 Jun 2010

Perlawanan Bolasepak 9 Sebelah Piala YB YDP Kuala Krai

Pertandingan bolasepak 9 sebelah Piala YDP Pas Kawasan Kuala Krai yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Krai berlangsung pada pagi ini dan dirasmikan oleh YB Ustaz Hj. Abdul Latiff Abdul Rahman (YDP Kawasan) pada pukul 11 pagi tadi.
Pertadingan mendapat sambutan seluruh pemuda-pemuda kuala krai yang menyaksikan 40 pasukan telah menyertai pertandingan ini.
Perlawanan diantara pasukan diadakan di dua tempat berasingan iaitu di Padang KTM & Padang SMK Teknik Kuala Krai. Pertandingan ini dijangka berakhir pada petang esok hari (19/06/10)
Pemuda UMNO turut menyrtai pertandingan

Selamat pengantin baru.....!!!


Sdr. Wan Mohd Zaidi (Ajk Dewan Pemuda Pas Kuala Krai)
yang melangsungkan perakahwinannya Pada hari ini 18/06/2010

17 Jun 2010

Hujan Iringi PM Terbang Awal, Hmm..Padan Muka Najib

Oleh: AnakSungaiDerhaka

"Malam ini asalnya dijangka mencatat sejarah tertentu bagi Kelantan. PM akan sepentas dengan Mursyidul Am PAS yang juga MB Kelantan, menyaksikan perasmian Kelantan Fiesta oleh Baginda Pemangku Raja Kelantan.

Malam ini, sejarah masih tercatat tetapi dengan cara yang sama sekali tidak dijangka.Bukan sahaja Pemangku Raja tidak berangkat atas apa jua sebab, PM yang dalam rangka lawatan rasmi sehari ke Kelantan dan kemuncaknya akan merasmikan sendiri event Kerajaan Pusat yang dinamakan Kelantan Fiesta itu di Stadium Sultan Muhammad, pulang awal tanpa sempat menjejakkan kaki ke situ.MB dan Kerajaan Negeri memutuskan tidak bersama, antara lain kerana pertukaran dari 'agenda bersama' kepada 'hanya agenda Pusat'.

Poster One Malaysia menunjukkan PM akan merasmikan acara itu tergantung di sana sini.Kemuncaknya malam ini, hujan ribut 'menyerang' semua persiapan di Stadium bersejarah itu.

Hujan bermula sejak 8.30 malam. Sehingga jam sebelas setengah, ia masih turun renyai-renyai selepas turun dengan lebat sebelumnya.Orang ramai, atas apa jua sebab, samada kerana hujan dan ribut mahu pun hal yang lain, tidak membanjiri stadium itu seperti lazim berlaku pada acara anjuran Tok Guru sebelum ini. Suku stadium pun tak ada. Lengang.

Tentulah memalukan untuk PM datang berucap dalam suasana hiba seperti itu. Ia bukan lagi kemuncak yang ditunggu tetapi kemuncak yang sangat mengharukan.Tidaklah ganjil untuk PM memutuskan terus menaiki pesawat pulang ke pangkuan keluarga tercinta.






Tok Pa terpaksa menggunakan Loud Hailer keranaSound System gagal berfungsi

Datuk Mustapa terpaksa memikul akibat dari keputusan politik dangkal mengenepikan Kerajaan Negeri dan tetamu kehormat lainnya di saat akhir, sehingga akhirnya beliau terpaksa berdiri di hadapan padang yang kosong untuk acara perasmian mengantikan PM. Tugas yang berat. Tak semena-mena, bekalan elektrik pula terputus.
Ketentuan Ilahi nampaknya tidak menyebelahi penganjur, walau apa jua motif mereka.Saya membuat catatan ini sebagai mengingati besarnya kuasa Ilahi dan eratnya Kelantan dijaga oleh Pengawal langit dan bumi.
Di padang yang mulia kerana telah menyaksikan ratusan ribu manusia telah sujud di atasnya dan tidak kurang pula titisan air mata yang tumpah ketika heningnya hubungan para hamba dengan Sang Pencipta di situ dalam siri-siri solat hajat yang telah berjalan berbelas kali, nyata menunjukkan keramatnya.Termasuk solat hajat royalti minyak.
Solat hajat untuk ummat Palestin. Solat hajat untuk memenangkan perjuangan rakyat.Nampaknya, padang itu tidak mudah melupakan pihak yang menganiayai rakyat Kelantan tetapi mahu berpesta di atasnya.Mengenepikan tuan rumah - tentulah bukan langkah bijak. Apa lagi, PM semata-mata bukanlah tarikan besar bagi orang Kelantan untuk memenuhi stadium sebesar itu.
Usahkan stadium, dewan biasa pun belum tentu penuh.Lantaran itulah, langkah awal penganjur ialah berpijak atas kerjasama dengan Kerajaan Negeri. Bermakna bekerjasama dengan populariti Tok Guru. Dari sana, penetrasi boleh bermula.Entah apa gerangan dan perhitungan, di saat akhir mereka ingin bersendiri. Sesetengah berkata, 'UMNO tetap UMNO...'.Ada peluang, mereka mencengkam. Taring UMNO mereka sentiasa tersedia.

Sumber gambar dan Artikel sila lihat di SINI

Hujan Iringi PM Terbang Awal, Hmm..Padan Muka Najib"

15 Jun 2010

gambar Sekitar pengkebumian Allahyarham Ustaz Hassan






kepada semua pemuda2 dan peminat2 bolasepak kuala krai, kami dari dewan pemuda pas kawasan kuala krai menjemput dan mengalualukan anda semua bagi menyertai kejohanan piala Yang Di Pertua (YDP) PAS Kawasan Kuala Krai 2010 yang akan berlangsung pada 18/6/10 di padang KTM kuala krai. Terbuka Untuk Semua Warga Kuala Krai. majulah sukan untuk islam

22 Mei 2010

Sekitar Program Futsal Tertutup Dun Guchil 21 mei 2010


sesi bergambar bersama pasukan yang menjadi juara & naib juara



Penyampaian hadiah kepada ketua pasukan KTM yang menjadi Juara


Sdr. Nazman selaku Ketua Penerangan Pemuda Pas K. Krai sedang mengulas perlawanan yang sedang berlangsung


06 Mac 2010

Kejohanan Futsal Tertup Parlimen Kuala Krai Peringkat Dun Dabong

DABONG, 5 Mac : Satu Kejohanan Futsal Tertutup Parlimen Kuala Krai, Peringkat DUN Dabong telah diadakan di Padang Majlis Daerah Dabong hari ini. Kejohanan ini dianjurkan oleh Lajnah Sokan, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai.

Mengikut pengarah kejohanan, En. Ismail Mohd, yang juga Ketua Lajnah Sokan DPPKKK, penganjuran kejohanan ini merupakan salah satu kejohanan yang diadakan di setiap dun. Dun Dabong merupakan dun yang kedua diadakan selepas dun Manek Urai.

Dalam kejohanan di Dun Dabong, Pasokan Kemubu A telah muncul juara dengan mengalahkan pasokan Kuala Gris dan membawa pulang wang tunai RM 300.00. Pasukan yang muncul juara akan mewakili Dun ke peringkat parlimen.



















01 Mac 2010

Kursus Peningkatan Bacaan Al-Quran Peringkat DUN Dabong

Urusan Ulamak Majlis Tindakan DUN Dabong telah mengadakan satu Kursus Peningkatan Bacaan Al-Quran pada 27 Februari 2010. Bertempat di Masjid Al-Insaaf, Dabong Hilir, Kelantan Darul Naim.

Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi tu telah dihadiri oleh Pegawai Halaqat, Pembatu Pegawai Halaqat Dun Dabong, guru-guru al-Quran, serta guru-guru KAFA Dun Dabong.

Tenaga pengajar ialah Tuan Haji Abdul Ghani Bin Che Ali yang merupakan Guru Al-Quran Dun Kuala Balah. Beliau juga merupakan pimpinan Urusan Ulamak Dun Kuala Balah, Kelantan.

Menurut Ketua Urusan Ulamak Dun Dabong, Tn. Hj. Mhd. Yusoff B Daud, program yang julung-julung kali diadakan ini sungguh berjaya dan mendapat sambutan semua. Menurutnya, Insya Allah program seperti ini akan diteruskan pada masa-masa akan datang.

Dalam majlis tersebut, para peserta didedahkan dengan bacaan al-Quran yang sebenar berkaitan hukum-hukum tajwid.

Syabas Dun Dabong!!!.













18 Februari 2010

Pemberian CD & Buku Royalti Percuma

Pada hari Sabtu, 13 Febuari 2010 yang baru-baru ini, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai & wakil Gerakan Rakyat Kelantan Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR), sama -sama turun padang di Simpang 3 Traffic Light Guchil untuk memberikan CD ceramah Ku Li dan Buku Fakta Royalti secara percuma kepada anak-anak Kelantan dari perantauan yang pulang ke Tanah Serendah Sekebun Bunga sempena cuti Tahun Baru Cina.

Kelihatan YB Ustaz Abd Latif Abd Rahman, Ketua DPPNK, Ust Mahadi Mat Zain, KP DPPK K. Krai, Sdr Nazman Che Iberahim (Ketua Penerangan DPPK K. Krai,) Sdr Ismail Mohamad (Exco DPPNK), Sdr Rosdi (Wakil GEGAR), Ust Zaki (Timb KP DPPK K. Krai), Sdr Rosli (Bendahari DPPK K. Krai), Sdr Din anak Jali Roti Tempayan (Setiausaha MTD Guchil), dan sahabat-sahabat Unit Amal Kuala Krai.

Adik Unit Amal yang paling hujung sempat menoleh ke belakang, risau juga ditabrak kereta dari belakang. Berikut merupakan rangkuman gambar-gambar peristiwa yang sempat dirakamkan lensa kamera saya.

Ust Hashim, Komandan Unit Amal Kuala Krai datang membawa 'bala tenteranya' dari Mengkebang.

Kereta yang bersusun-susun sepanjang jalan menuju Kota Bharu

YB Ust Latif sempat bertanya khabar kepada anak perantau yang baru pulang

Dan, mereka diberikan buku royalti percuma sambil diperhatikan Sdr ISmail



Ust Mahadi sedang membebel tentang sesuatu, yang hanya difahami oleh Matju.



Sdr Nazman bersama Ust Latif

YB turun padang jumpa anak perantau



Ni gambar apa ni...?



Jem teruk sehingga ke Peria


Para anggota Unit Amal penuh semangat bertugas

Bisik sesuatu?



Hati-hati dik, sampai ke tengah jalan tu...


Abang Azizan, kiri sekali (Ketua Cawangan Khas Daerah, PDRM) turut serta memantau keadaan gerak kerja kami bersama dengan AJK Pemuda PAS Kuala Krai, Sdr Raja Jurrey


Apa tu Din sampai tersenyum?

Ust Hashim sibuk mengarahkan anak-anak buahnya bertugas

Dan, jem lagi...








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...