
Bahkan, DPPK Kuala Krai menghantar 4 orang delegasi sewaktu demonstrasi aman diadakan pada hari Jumaat (semalam-2hb Oktober 2009 ) di hadapan Masjid Bandar Pasir Mas untuk mendesak Ibrahim melepaskan jawatannya.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai merasakan bahawa rakyat Pasir Mas sudahpun tertipu dengan Ibrahim Ali dan kesilapan ini akan kita tebus dengan apa cara sekalipun bagi memastikan kepimpinan bagi rakyat Pasir Mas ditunjangi oleh mereka yang benar-benar ikhlas dan bertanggungjawab dalam setiap perkara.

Walaupun UMNO sudah membuang Ibrahim Ali nun jauh ke lubuk sungai Pasir Mas dan rakyat di parlimen tersebut juga telah membenam Ibrahim ke dasar pasir, namun PAS dengan jiwa yang besar dan kerendahan hati serta budi, sedia memaafkan Ibrahim Ali dan bersetuju memberikan ruang kepadanya setelah rengekan dan rayuannya kepada Tok Guru Nik Aziz dibuat. Kita sentiasa sedia memaafkan musuh kita, jika mereka benar-benar telah insaf dan sedar.
Namun, harapkan pagar, pagar tak boleh diharap! Ibrahim mulai menikam kita, bukan sahaja daripada belakang, bahkan daripada hadapan serta sisi kiri dan kanan selepas bergelar Member of Parliament. Inilah dia sikap Ibrahim yang tidak mampu dikawal oleh UMNO sehingga menggantung keahliannya seumur hidup, tidak sanggup dijadikan liabiliti kepada parti Melayu tersebut, dan sekarang ini, PAS juga telah serik dengan permainan bodoh Ibrahim Ali.
DPPK Kuala Krai melihat perkara ini dalam aspek yang lebih besar. Kerana kita sedang dalam usaha untuk menawan Malaysia, dan mewujudkan Malaysia Baru yang lebih gagah dan aman damai. Jadi, setiap satu kerusi amatlah bermakna buat memenuhi impian rakyat Malaysia ini. Every single seat in counted, crucially. Justeru, parlimen Pasir Mas yang sepatutnya bersama-sama dalam usaha membentuk kerajaan persekutuan yang diperintah oleh PR, mesti kita kuasai, dan bukanlah berada dalam tangan seorang jaguh lompat-yang bernama Al Ibrahim Ali Al-Kataki.
Wallahualam.
Nazman Che Iberahim
Ketua Penerangan DPPK K. Krai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan