21 Oktober 2009

Mansuh segera PPSMI !

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai terus menyokong Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang menuntut agar polisi yang diperkenalkan oleh Dr. Mahathir ini dimansuhkan serta merta dan kerajaan tidak perlu lagi untuk berdolak-dalik tentang tarikh sebenar pemansuhan dasar ini.

Walaupun Muhyiddin Yassin menyebut bahawa dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi menggantikan PPSMI yang dijadual bermula 2012 sedang dilaksanakan, namun kementerian sedang meneliti kemungkinan melaksanakannya (MBMMBI) mulai 2011 bagi murid tahun satu.


Kendatipun begitu, kita tetap merasa sangsi dengan segala kenyataan oleh Menteri Pelajaran ini. Perlaksanaan PPSMI sejak 2003 membabitkan kos sebanyak RM5 bilion meliputi penyediaan peralatan dan latihan guru dan hal ini diakui sendiri oleh Muhyiddin. Kita cukup bimbang bahawa MBMMBI juga akan menjadi satu lubuk 'rezeki' bagi kroni yang terpilih setelah sejak 7 tahun lalu, dasar PPSMI ini telah dimanipulasi untuk mengkayakan sesetengah individu dan dalam masa yang sama memperjudikan nasib Bahasa Melayu dan masa depan anak bangsa Malaysia.Justeru, usahlah terus berdalih tentang pemansuhan dasar ini. Bahasa Melayu sebagai bahasa kelima terbesar di dunia telah terbukti berjaya memajukan anak bangsa khasnya di Malaysia ini. Berapa ramai professor, doktor, jurutera, arkitek, akauntan dan professional yang lain telah lahir daripada sistem pembelajaran dalam Bahasa Melayu sejak sekian lama. Jangan kerana kedangkalan dan kesombongan pemimpin terdahulu, kita semua terpaksa terus menanggung akibat dan kesan buruknya sekarang!

Nazman Che Iberahim
Ketua Penerangan DPPK Kuala Krai

17 Oktober 2009

Generasi Kurang Ajar Didikan UMNO

Saya menerima beberapa keping gambar ini daripada sahabat lama di Johor tetapi percaya bahawa ianya datang dari Selangor.

Anak muda zaman sekarang, yang sudah sebati dengan didikan sekular UMNO sudah tidak kenal erti hormat dan ketinggian ilmu para ulama'. Jika benarpun mereka marah pada pimpinan utama PAS, paling kurang pun gunakanlah kebijaksanaan akal dan kerendahan hati budi orang Melayu kita dalam menghormati orang yang lebih berusia berbanding kita.

UMNO memang mengharapkan generasi sebegini yang dengan mudahnya mereka jajah dan arahkan untuk berbuat itu dan ini. Sekiranya kami berada di sana pada waktu gambar ini dirakam, sudah tentulah ada yang akan 'makan tanah' pada waktu itu juga! Mereka menjual dan kita sedia membayar CASH pada malam itu juga!

Takbir!

Nazman Che Iberahim

16 Oktober 2009

Travelog: Catatan pendek seorang aku di Bagan Pinang

8hb Oktober 2009

Yusmadi dan Ashraf, dua orang sahabat lama menghantar SMS kepadaku dan mahukan kesahihan akan pesanan daripada Ustaz Nasarudin Tantawi yang menggesa kami (ahli-ahli pemuda PAS) turun segera ke Bagan Pinang bagi memberikan bantuan kepada sahabat-sahabat di sana yang diserang oleh pemuda UMNO pada malam sebelumnya.

Sekali baca macam SMS provokasi sahaja. Tapi aku terus menghubungi Khairul Faizi, bekas bos ku di DPPN Johor dahulu untuk bertanyakan khabar. Katanya memang benar serangan itu berlaku dan Ketua Pemuda DPPP ada menghantar SMS bantuan kepada ramai ahli pemuda di seluruh negara, namun banyak daripada isi SMS itu yang telah ditokok tambah bagi menyedapkan lagi cerita serangan UMNO terhadap markas DPPP.

Aku bertekad untuk ke sana dengan segera. Kerja-kerja ubahsuai kedai baru abahku, disiapkan terus pada pagi dan tengahari itu juga agar keesokannya masaku telah lapang. Kerja ubahsuai sebuah lagi kedai yang dijadualkan ingin dibuat pada petang Jumaat, terus dibatalkan. Yusmadi dan Doja setuju untuk bersamaku ke Bagan Pinang.

Kami tidak akan pernah membiarkan sahabat-sahabat ditimpa bencana dan kesusahan tanpa kami sendiri tutut sama berusaha membantu dan membela.

9hb Oktober 2009

Jam menunjukkan waktu 1.30 pagi dan Doja sudah menghubungiku. Katanya, "marila nak gi gak", ayat biasa beliau apabila ingin ke mana-mana bersamaku. Walaupun kami telah berjanji untuk bertolak pada jam 2.30 pagi, tetapi nampaknya Doja sudah tidak sabar-sabar dan cukup teruja untuk ke sana.

Kami solat subuh di stesen minyak petronas Kuala Lipis dan bersarapan di Raub. Terus ke lebuhraya Karak, keluar di tol Gombak, menghala ke tol Sg. Besi dan keluar di persimpangan PD serta tiba akhirnya di Kem Si Rusa, salah satu UPU di Bangan Pinang pada jam 10.00 pagi. Perjalanan dalam masa lebih kurang 6 jam lebih sahaja jika tidak dicampur dengan masa yang terbuang untuk berhenti makan dan ke tandas.

Sampai di sana, kami menghubungi Sdr. Sakri Ibrahim, wakil jentera pemuda PAS Kuala Krai yang telah sampai 2 hari sebelumnya mengikuti gelombang ketiga jentera PAS Kelantan. Kemudian kami meronda sekitar UPU Si Rusa bertemu sahabat-sahabat lama daripada pemuda Johor.

Mata yang teramat kuyu dan badan yang terlalu letih akibat perjalanan jauh dirasakan segar semula apabila bertemu dengan Sdr. Auzani. Sdr. Afsan dan Ustaz Zaifidin dari pemuda Gelang Patah. Kelihatan juga sahabat-sahabat pimpinan Amal negeri Johor. Tidak sempat bersalaman dan menegur dari jauh kelihatan Sdr. Shamsul Bakri dari Tebrau. Beliau juga adalah Exco DPPNJ yang menjaga urusan perpaduan nasional menggantikan tempatku dahulu.

Kami terus meronda ke UPU Teluk Kemang. Sambil-sambil meronda kami melihat akan kurangnya meriah suasana pilihanraya di sini. Hanya bendera, kain rentang, poster gergasi dan gambar calon BN serta pimpinan mereka yang memenuhi ceruk kampung dan bandar di DUN ini. Jelas berbeza dengan perang poster dan kemeriahan di PRK Kuala Terengganu dan DUN Manek Urai sebelumnya. Lebih teruk lagi, kelihatan cukup banyak poster, bendera, dan papan tanda PAS yang dirobohkan serta dibakar oleh samseng UMNO di Bagan Pinang ini.

Jam 4 petang

Kami melelapkan masa seketika petang ini bagi mengumpulkan semula tenaga yang ketirisan. Memang nikmat Allah dalam bentuk tidur ini amat hebat. Segala sendi dan urat saraf yang dirasakan lenguh-lumpuh, menjadi segar semula selepas berehat dan tidur seketika.

Jam 7.30 malam

Kami bergerak ke tempat yang dijadualkan berlangsung ceramah perdana oleh Tok Guru Nik Aziz dan DSAI. Kata Yusmadi, "kita bertahan di sini, bimbang kalau-kalau samseng UMNO menyerang dan mengganggu ceramah Tok Guru".

Orang ramai mulai memenuhi tempat ceramah iaitu di rumah Pak Ngah yang merupakan Ketua Cawangan UMNO Kampung Bagan Pinang. Beliau akan menyerahkan borang keahlian PKR bersama-sama dengan lebih 270 orang ahli UMNO di kampung tersebut dan mengumumkan untuk meninggalkan UMNO setelah hampir 15 tahun bersama parti siasah tersebut.

Jam 9.30 malam

Ceramah dimulakan oleh Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan. Kemudiannya dijemput wakil NGO yang membantah PPSMI iaitu Profesor Shahril dan diikuti oleh YB Dr. Lo' Lo' Hj Mohd Ghazali, MP Titiwangsa. Seterusnya beberapa penceramah lain termasuklah MP Teluk Kemang sendiri iaitu Dato' Kamarul Bahrin Abbas.

Kemudiannya ucapan yang ditunggu-tunggu daripada DSAI dimulakan. Beliau mencabar supaya SPRM dan polis menyiasat semua akaun dan sahamnya, yang berada di Malaysia dan seluruh dunia termasuk di Switzerland, jika benar dakwaan Khairy bahawa Anwar memiliki wang simpanan sebanyak RM3 billion dalam akaunnya. Namun, Khairy juga harus disiasat jika tiada apa yang bersalah dibuktikan terhadap Anwar.

DSAI juga menyatakan kekesalan kerana dirinya dikecam dan diserang dengan cukup hebat oleh UMNO dan Isa Samad sendiri di Bagan Pinang sedangkan beliau tidak bertanding di situ pun. Dan, DSAI mengugut untuk membongkar cerita lama Isa Samad dan Muhyiddin yang menggelar beliau sebagai pengkhianat jika mereka secara berterusan menyerangnya.

Pada akhir ucapannya, DSAI menegaskan tekad PR untuk membela nasib semua kaum dan membina sebuah Malaysia yang baru yang lebih gagah dan mantap.

Jam 10.30 malam

Tok Guru Nik Aziz tiba di perkarangan tempat ceramah........

bersambung....

Nazman Che Iberahim
Ketua Penerangan DPPK Kuala Krai

15 Oktober 2009

Juara dengan 'lambung duit syiling'

Pasukan bolasepak Bukit Sireh telah muncul juara dalam Kejohanan Bolasepak Liga Parlimen Peringkat Kawasan Kuala Krai. Pasukan tersebut telah menewaskan pasukan KTM dengan keputusan lambungan duit syiling.

Kedudukan perlawanan yang terikat 0-0 dalam masa penuh perlawanan memaksa sepakan penalti diadakan. Namun, keajabaian juga berlaku apabila keddudkan sepakan penalti juga berkedudukan seri 5-5. Ekoran masa perlawan telah berlanjutan hampir malam, maka lambunagn duit syiling diadakan bagi menetukan juara dalam kejohanan tersebut.

YB. Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan telah merasmikan penutupan Kejohanan Bolasepak Liga Parlimen Kuala Krai di Padang KTM Kuala Krai. Pasukan Bukit Sireh akan mewakili Parlimen Kuala Krai ke Kejohanan Bolasepak Piala YB Tok Guru diperingkat negeri.

Hadiah-hadiah untuk juara dan naib juara tadi telah disampaikan oleh Ustaz Mahadi selaku Ketua Pemuda Pas Kawasan Kuala Krai. Syabas kepada semua pasukan yang menyerikan kejohanan ini. Kepada semua urusetia dan ajk kejohanan, tahniah kepada anda semua.

03 Oktober 2009

Teruskan Desakan Terhadap Ibrahim Ali

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh DPPK Pasir Mas iaitu kempen menurunkan tandatangan pengundi-pengundi Pasir Mas supaya mendesak Ibrahim Ali meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Pasir Mas.

Bahkan, DPPK Kuala Krai menghantar 4 orang delegasi sewaktu demonstrasi aman diadakan pada hari Jumaat (semalam-2hb Oktober 2009 ) di hadapan Masjid Bandar Pasir Mas untuk mendesak Ibrahim melepaskan jawatannya.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai merasakan bahawa rakyat Pasir Mas sudahpun tertipu dengan Ibrahim Ali dan kesilapan ini akan kita tebus dengan apa cara sekalipun bagi memastikan kepimpinan bagi rakyat Pasir Mas ditunjangi oleh mereka yang benar-benar ikhlas dan bertanggungjawab dalam setiap perkara.

Ibrahim sudahpun ditolak oleh rakyat Pasir Mas dalam pilihanraya umum tahun 2004. Kemudiannya, dimalukan lagi dalam PRK Pengkalan Pasir. Ibrahim, 57, digugurkan dari jawatan Ketua Umno Pasir Mas pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya dalam Umno seumur hidup kerana bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-11, Mei 2004. Ibrahim bagaimanapun tewas kepada calon PAS, Ismail Noh. Beliau turut hilang wang pertaruhan selepas mendapat 415 undi semasa pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pangkalan Pasir pada 2005 yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional, Hanafi Mamat.

Walaupun UMNO sudah membuang Ibrahim Ali nun jauh ke lubuk sungai Pasir Mas dan rakyat di parlimen tersebut juga telah membenam Ibrahim ke dasar pasir, namun PAS dengan jiwa yang besar dan kerendahan hati serta budi, sedia memaafkan Ibrahim Ali dan bersetuju memberikan ruang kepadanya setelah rengekan dan rayuannya kepada Tok Guru Nik Aziz dibuat. Kita sentiasa sedia memaafkan musuh kita, jika mereka benar-benar telah insaf dan sedar.

Namun, harapkan pagar, pagar tak boleh diharap! Ibrahim mulai menikam kita, bukan sahaja daripada belakang, bahkan daripada hadapan serta sisi kiri dan kanan selepas bergelar Member of Parliament. Inilah dia sikap Ibrahim yang tidak mampu dikawal oleh UMNO sehingga menggantung keahliannya seumur hidup, tidak sanggup dijadikan liabiliti kepada parti Melayu tersebut, dan sekarang ini, PAS juga telah serik dengan permainan bodoh Ibrahim Ali.

DPPK Kuala Krai melihat perkara ini dalam aspek yang lebih besar. Kerana kita sedang dalam usaha untuk menawan Malaysia, dan mewujudkan Malaysia Baru yang lebih gagah dan aman damai. Jadi, setiap satu kerusi amatlah bermakna buat memenuhi impian rakyat Malaysia ini. Every single seat in counted, crucially. Justeru, parlimen Pasir Mas yang sepatutnya bersama-sama dalam usaha membentuk kerajaan persekutuan yang diperintah oleh PR, mesti kita kuasai, dan bukanlah berada dalam tangan seorang jaguh lompat-yang bernama Al Ibrahim Ali Al-Kataki.

Wallahualam.

Nazman Che Iberahim
Ketua Penerangan DPPK K. Krai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...