23 September 2009

Gambar Peristiwa : Sekitar Rumah Terbuka Aidilfitri Dun Dabong

DABONG, 4 Syawal : Kemeriahan Aidilfitri tahun ini jelas terasa apabila hampir satu ribu penduduk sekitar Dun Dabong hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dun Dabong pagi tadi. Majlis yang bermula kira-kira jam 10 pagi itu berjaya menghimpunkan seluruh penduduk dun di segenap lapisan masyarakat. ( Koleksi gambar di bawah)


Dalam majlis itu, Adun Dabong, YB Arifabillah Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar di Dun Dabong yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS. Seramai 150 orang pelajar telah menerima sumbangan pagi tadi.



Pada tahun ini, majlis Tindakan Dun Dabong telah menyediakan 15 buah gerai yang menghidangkan pelbagai menu makanan. Menurut Timbalan Pengarah, Ustaz Mohd. Naim, pada tahun ini, pihak MTD Dabong telah menambahkan bilangan menu makanan berbanding tahun lepas. Masih mengekalkan konsep yang sama di mana setiap UPU di Dun Dabong menyediakan makanan masing-masing. Di samping itu juga, kumpulan Ahli Majlis Daerah, Unit Halaqat, kumpulan penghulu-penghulu mukim serta para peserta Ladang Rakyat juga tidak ketinggalan menyediakan makanan masing-masing.




Menu utama pada tahun ini ialah nasi minyak dan nasi dagang yang disediakan oleh Kumpulan Ahli Majlis Daerah dan Penghulu. Di samping itu, pihak urusetia menyediakan sate dan muslimat serta nisa' menyediakan roti jala.

Rata-rata pengunjung yang hadir berpuas hati dengan mjali tersebut. Majlis berakhir sekitar jam 12.30 tegahari. Alhamdulillah semua makanan yang disediakan laku dimakan oleh pengunjung. Tahniah kepada semua. Insya Allah tahun depan kita jumpa lagi.

























17 September 2009

PERUTUSAN HARI RAYA AIDIL FITRI OLEH PRESIDEN PAS




Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ramadhan Al Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.

Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ianya merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita : bukan setakat makan-minum-pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan rumahtangga, berhubung sesama manusia sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara.

Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan Al Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawadhuk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat Islam khususnya dalam perkara politik yang menentukan dasar dan halatuju negara dengan panduan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan “Eid Mubarak” kepada seluruh ahli dan penyokong serta saf kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan juga seluruh rakyat beragama Islam di dalam negara kita ini tanpa mengira fahaman politik mereka. Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ikhlas,
Presiden PAS

09 September 2009

Sekitar Majlis Tadarrus & Iftor Dewan Pemuda PAS Kuala Krai

Majlis Tadarrus & Iftor Dewan Pemuda PAS Kuala Krai

1) Masjid Mukim Temalir Dun Manek urai 14 Ramadhan 1430 / 04 Sept 2009

Penyampaian Sumbagan Hamper Pemuda Oleh YB Abe Uji Diiringi Ketua Pemuda Ust. Mahadi



2) Madrasah Pasar Kuala Gris, Dabong. 07 Ramadhan 1430 / 28 Ogos 2009

Majlis dimulakan oleh Ust. Jamaluddin (NKP), Ust. Mahadi (KP) &
Tuan Imam Masjid Mukim Kuala Gris


Hadir sama Ketua Pemuda Pas Negeri Kelantan YB Ust Abd Latiff
bersama dengan Setiausaha DPPNK Ust Hafiz Musa.


Penyampaian Hamper oleh Ust Mahadi (KP) & Sdr Ismail (Ajk DPPK Krai)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...