
Setelah sekian lama akta ini menghantui gerakan Islam di Malaysia, maka kita mahu ada pengakhirannya. Walaupun sudah menjadi resam bagi pejuang Islam untuk menghadapi mehnah dan tribulasi dalam bentuk dihina dan dipulau, dibunuh, dibuang negeri ataupun dipenjara, namun kita akan tetap mara untuk mempertahankan kebenaran. Islam adalah agama yang mana menjadi fitrah untuk diperjuangkan.
Jika ada yang hanya tinggal diam, tidak mahu turut sama menyokong dan mendesak agar pemansuhan akta zalim ini dilakukan, ataupun lebih teruk lagi, mengkritik himpunan GMI esok, termasuk kumpulan yang menyokong akta gila ini, maka nantikanlah tiba masanya dia/mereka disedarkan apabila ada dalam kalangan keluarga ataupun rakan terdekat mereka yang akan menjadi mangsa akta jahat ini.
Resmi orang Melayu, tidakkan terngadah selagi tiada terhantuk! Tidakkan kita rasa derita anak isteri yang mana suami mereka dipagari jeriji besi di Kamunting akibat akta ini selagi kita sendiri tidak merasainya.
Ayuh wahai sahabat, ke K.L kita, jom!
Nazman Che Iberahim
Ketua Penerangan DPPK K. Krai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan