08 Jun 2009

Pesta Sukan Pasti Negeri Kelantan Di Laloh




Penduduk Dun Manek Urai Amat bertuah apabila Jabatan Pasti Negeri Kelantan di bawah seliaan Pemuda PAS Negeri Kelantan akan mengadakan Pesta Sukan Pasti Peringkat Negeri Kelantan Pada 11 jun 2009 (Khamis) bertempat di Padang Majlis Daerah Dabong (MDD) cawangan Laloh.

Pesta Sukan ini adalah acara tertunda apabila ianya tidak dapat dilaksanakan disebabkan hujan lebat yang turun disekitar kota Bharu pada 30 mei 2009 lepas.

Diantara acara tambahan pada pesta sukan itu ialah cabutan bertuah untuk orang ramai yang hadir,dan beberapa acara sukan orang ramai seperti tarik tali, bowling padang dan banyak lagi.

Oleh yang demikian, pihak penganjur bersama (Dewan Pemuda PAS kawasan Kuala Krai) mengharapkan agar penduduk setempat dapat keluar beramai-ramai pada hari tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...