Dewan Pemuda PAS kawasan Kuala Krai telah memulakan gerak kerja pilihanraya PRK N.41 Manek Urai dengan mengadakan perjumpaan bersama jentera pemuda diperingkat UPU dan Cawangan pada jumaat lepas.
Dalam pejumpaan tersebut, beberapa prancangan program kepemudaan telah dirancang untuk dilaksanakan.
Pemuda memulakan program dengan mengadakan program tamat latihan seni mempertahankan diri Tomoi di UPU Chuchuh Puteri bersama Kelab Mouy Turbo Chuchoh Puteri A.
Ketua Pemuda Pas kawasan Ustaz Mahadi Mat Zin telah menyampaikan sumbagan baju untuk peserta ahli Tomoi tersebut. YB M. (B) Anizam Ab Rahman, Exco kerajaan negeri telah menyampaikan sumbangan kepada ahli kelab dan merasmikan program tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan