29 Jun 2009
Manek Urai : PAS Jangan ‘OVER CONFIDENT’
Oleh Pembela
Semua orang dah tahu bahawa PRK Manek Urai akan diadakan awal bulan depan. Parti yang sungguh-sungguh nak amsuk bertandingpun, rakyat seluruh dunia dah tahu. Begitu juga tentang calon bertanding, kedua-dua parti telah memberi pertunjuk mereka masing-masing. Tujuannya untuk mendapatkan respon dari pengundi khususnya serta jentera parti masing-masing. Siapa menjadi calon akan dimuktamad dalam majlis pengisyitiharan yang akan di buat oleh pemimpin kedua-dua parti seperti tarikh, masa dan tempata yang telahpun diberitahu kepada rakyat sekalian
Menariknya, parti yang akan bertanding kali ini ialah dua musuh tradisi sejak zaman Negara ini mula dibenarkan menubuhkan parti lagi. Pas ditubuhkan (1951) dan Umno (1946). Calon bebas belum terdengar ada mana-mana pihak yang akan bertanding, termasuklah AKIM yang beribu pejabat di Pasir Puteh, Kelantan. Kira-kira 2-3 marhalah jauhnya opis parti nyamuk itu dengan Manek Urai.
Tak seperti Bukit Selambau yang memecah rekod sejarah PRK di Malaysia yang ditandingi oleh berbelas-belas calon bebas. Di mana, calon tersebut ada yang ditaja oleh pihak-pihak tertentu, sebaliknya juga ada calon yang bertanding kerana memang mahu bertanding sebab dibenarkan. Malangnya, kesemua calon bebas tersebut bukan sahaja kalah, malah hilang wang pertaruhan. Difahamkan ada calon bebas tersebut yang kini terpaksa menanggung hutang kerana terpaksa berhutang untuk menyediakan keperluan dalam PRK Bukit Selambau tersebut. Hutang yang ditanggung, bukan lagi menjadi tanggunbgjawab orang lain, sebaliknya menjadi beban kepada dirinay sendiri.
Buat peringatan calon-calon bebas di masa akan datang, hayatilah bidalan ini, “Kalau takut ditelan ombak, jangan membina rumah di tepi pantai”. Begitulah juga, “Kalau tak pandai berlari, jangan menawarkan diri menjadi pelari”.
Berbalik kepada hal PRK Manek Urai tersebut. Dari pengamatan secara luaran, penulis melihat latarbelakang dan perkembangan politik mutakhir ini, peluang kemenangan memihak kepada kedua-dua calon yang akan bertanding. Walaupun, tidak dinafikan bahawa hampir 100 peratus ahli dan penyokong PAS dan PKR bukan sahaja di Manek Urai dan kelantan, malah seluruh tanah air, bahkan di seluruh dunia yang menyokong PAS/PR akan berkata bahawa Pas akan demikian memenangi kerusi tersebut. Tetapi perlu ingatkan bahawa ia bukanya suatu kenyataan mutlak. Mutlaknya ialah kuasa Allah SWT sahaja untuk memberi kemenangan kerusi tersebut kepada sesiapa dan bagaimana caranya.
Bagi saya, kenyataan demi kenyataan samada secara lisan atau bertulis mengatakan kerusi Dun Manek Urai akan menjadi milik Pas hanyalah tidak lebih sebagai perang psikologi untuk mempengaruhi pengundi di sana, di samping untuk melemahkan jentera Umno/Bn. Hakikatnya jika kita bertanya kepada puak-puak Umno/Bn, mereka juga optimis bahawa kerusi itu mampu mereka menangi kali ini. Sebab dan alasannya mereka sahaja yang ketahui. Kita cuma boleh agak, mungkin melalui kaji selidik yang mereka lakukan dan faktor-faktor lain yang memihak kepada mereka. Segala persiapan untuk memenangkan calon tersebut akan digunakan sepenuhnya.
Kebimbangan kita ialah sikap Pas yang terlalu over confident bahawa kerusi tersebut bakal partinya menang. Mungkin kerana ia mengambil kira Manek Urai adalah kerusi Pas serta kenyakinan trend pengundi masa kini yang tidak lagi mahu kepada Umno/Bn menjadi kerajaan.
Sesungguhnya, Umno/Bn tidak akan duduk diam untuk memberi kemenangan secara mudah kepada calon Pas di kerusi Manek Urai tersebut. Pastinya, kemenangan kedua-dua calon sudah memerlukan sejumlah bayaran yang besar samada dari segi kewangan, masa, tenaga jentera, strategi pilihanraya, taktik, tipu helah dan sebagainya untuk memenangkan calon masing-masing. Apa yang menarik perlu kita lihat dalam PRK Manek Urai kali ini ialah bagaimana Umno/Bn dan Pas menggunakan isu Kerajaan Perpaduan dalam kempen serang-balas untuk menarik sokongan pengundi masing-masing.
Walaupun isu Kerajaan Perpaduan telah ditutup rapat oleh Pas dan PR minggu lalu kerana sebab-sebab yang telah diperjelaskan, Umno/Bn akan menjadikan ia senjata paling tajam dan ampuh yang tidak mungkin boleh ditutup rapat oleh Pas, walaupun sebelah mata. Umno/Bn a sudah pasti akan memainkan isu Kerajaan Perpaduan di negeri yang Mursyidul Am Pas yang menjadi jaguh menentang idea yang dilontarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Sejauh mana isu Kerajaan Perpanduan mampu mengambil tempat dalam kempen-kempen dalam bentuk ‘serang-balas’ oleh pemimpin kedua-dua parti tersebut belum boleh diukur lagi. Namun ia akan menjadi isu dalam kempen-kempen yang akan dijalankan.
Hakikatnya isu Kerajaan Perpaduan tersebut sedikit sebanyak mengoncang kestabilan dalaman Pas sejak akhir-akhir ini, terutamanya melibatkan kepimpinan peringkat tertinggi PAS yang juga merupakan pemain utama dalam kempen PRK Manek Urai tersebut..
Bagi penulis, isu ini tidaak semata-mata diangkat sebagai bahan kempen, sebaliknya boleh dijadikan senjata provokasi untuk memerangkapkan Pas samada dalam proses PRK Manek Urai ataupun kepimpinan parti dalam masa terdekat ataupun jangka panjang. Kebijaksaan kepimpinan Pas/PR dalam menguruskan isu ini amatlah dialu-alukan.
Di samping isu Kerajaan Perpaduan, persoalan calon juga penting sebagai penentu yang akan mempengaruhi pengundi di situ. Walaupun Pas maupun Umno/Bn mengumumkan bahawa mereka telah mengenalpasti calon terbaik untuk bertanding di Dun tersebut, jangan lupa bahawa calon-calon yang telah dicadangkan oleh peringkat parti masing-masing yang tidak terpilih akan memberi kesan dalam proses PRK yang berjalan nanti.
Perlu difahami bahawa, pengundi di Manek Urai bukan mahu calon yang parti mahukan. Sebaliknya meraka mahu calon (wakil rakyat) yang berperwatakan arwah wakil rakyat yang mengosongkan kerusi dun Manek Urai. Pengundi bukan semata-mata memilih calon kerana sentimen parti, sebaliknya mereka mahu kepada orang (wakil rakyat) seperti wakil rakyat lalu. Jika ini diberi keutamaan oleh kedua-dua parti ataupun salah satu parti yang bertanding, pasti ia akan memberi kelebihan kepada calon parti berkenaan untuk memenangi kerusi Dun tersebut. Soalnya, adakah calon yang bertanding mewakili Pas tersebut adalah orang seperti arwah tersebut. Inilah yang ditunggu-tunggu oleh pengundi dan rakyat di Manek Urai.
Kegagalan Pas untuk menampilkan calon seperti arwah akan menyukarkan partinya untuk memenangi kerusi dun tersebut. Faktor lain hanya membantu ataupun sebagai tempelan semata-mata untuk mempengaruhi pengundi, di samping sebagai pelengkap memeriahkan lagi proses PRK Manek Urai tersebut.
Satu hal lagi, Pas perlu berhati-hati tentang tipu daya Umno/Bn yang sudah pastinya bukan kepalang.. Semangat dan keinginan untuk memenangi kerusi Dun tersebut di pihak Umno/Bn begitu tinggi sekali. Ia berdasarkan beberapa Faktor Menarik dan Faktor Menolak yang akan digunapakai oleh mereka nanti. Kemenangan kerusi Manek Urai buat Umno/Bn boleh dianggap sebagai WAJIB oleh pemimpin mereka. Jika ia dianggap WAJIB, maka kaedah memenangkan calon mereka di kerusi tersebut juga menjadi wajib. Kerana itu, Pas yang terlalu ‘over confident’.
Tetapi jika diamati terlalu banyak kenyataan oleh kepimpinan PAS dan PR tentang peluang kemenangan tersebut. Ia mat dibimbangi oleh kita yang berada di luar gelangang PRK tersebut. Kenyataan ini memberi kesan psikologi yang negatif kepada petugas parti PAS/ PR. Sebaliknya ia menjadi biasannya kepada Umno/Bn dalam bentuk ‘riverse psikology’ pula.
Secara teori dan anologinya, kenyataan over confident oleh pemimpin Pas/ dan PR adalah umpama memberi suntikan vaksin yang besifat antibiotik kepada kepada jentera dan petugas parti. Di mana, vaksin bersifat antibiotik yang diberi secara ‘over dose’, akhirnya akan memberi kesan sampingan yang sukar dikesan seperti hilang tumpu, berkerja secara sambil lewa, strategi yang tidak realistik, menumpukan isu-isu yang tidak memberi keutamaan kepada rakyat dan sebagainya.
Adalah lebih baik, pemimpin Pas /PR kurangkan kenyataan yang ‘over dose’ tersebut, sebaliknya bersungguh-sungguh turun ke lapangan ataupun padang bersama petugas dan jentera parti setempat bertemu rakyat (pengundi). Itulah yang rakyat harapkan. Rakyat mahu bertemu pemimpin parti yang bertanding. Rakyat suka kepada pemimpin yang tidak ego, tidak mementing status quo, tidak pandang geli atau hina kepada mereka dan memahami hati nurani mereka. Di samping, mendedahkan tentang kebobrokan Umno/Bn sebagai parti pemerintah secara berhemah dan boleh di terima oleh tahap akal dan pemikiran mereka. Tak usah nak cerita isu-isu yang mereka sendiri tak paham tentang perkara yang diperkatakan kerana ia tidak melibatkan kepentingan secara langsung kepada mereka. Kalaupun rasa mereka perlu tahu, cari lain waktu. Bukan waktu PRK ini, nanti mereka jadi serabut dan keliru.
Ingat ! Majoriti pengundi bukannya mengundi kerana isu, sebaliknya mereka mengundi kerana menyakini apa yang kita janjikan kepada mereka. Apa kebaikan yang wakil rakyat boleh buat kepada mereka.
Saya hampir yakin sepenuh hati bahawa pengundi Manek Urai akan memilih wakil rakyat mereka nanti adalah dikalangan yang memiliki kriteria seperti berikut. Boleh baca doa, baca talkin, baca khutbah, jadi imam solat jenazah, solat waktu, boleh datang makan kenduri bila di jemput, suka bertegur sapa bila berjumpa, tidak sombong, menghormati warga Manek Urai, tidak kedekut, tidak penting diri sendiri, tidak ambil kesempatan dapatkan balak dan projek, tidak sombong, ada masa bergaul dan berdamping dengan rakyat di kedai kopi, sedia memberi pertolongan bila diperlukan, melakukan apa yang diucapkan, diam dalam hal yang dia tak tahu, aktif buat program untuk rakyat dan memberi perhatian kepada rakyat tanpa memilih puak.
Paling penting, pengundi Manek Urai menuntut jawapan bahawa adakah mereka akan hidup dengan selesa, tenang dan selamat, apabila selesai saja PRK Manek Urai.
Selamat menjalankan tugas kepada jentera PAS/PR.
28 Jun 2009
'Perang' Bermula
MANEK URAI, 28 JUN : Barisan Nasional telah mengumumkan Pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Tuan Aziz Tuan Mat, 39, sebagai calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil Manik Urai. keputusan itu telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Manik Urai, Kelantan hari ini.
Sementara itu, PAS telah mencalonkan Fauzi Abdullah sebagai calonnya untuk Pilihanraya Kecil ini. Dengan pengumuman yang dibuat oleh Muhyidin itu, menamatkan spekulasi siap yang akan mewakili BN dalam PRK N41 Manek Urai nanti.
Ianya sekaligus menafikan apa yang pernah diucapkan oleh pemimpin BN kononya pilihanraya akan membazirkan wang da masanya mentadbir negara. Kepada pengundi-pengundi DUN Manek Urai, sekarang masanya menghukum kebiadapan UMNO/BN di Malaysia. Undilah PAS.
Tuan Aziz Tuan Mat calon BN di Manek Urai
KUALA KRAI: Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilhan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.
Pemilihan beliau yang juga pegawai kanan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), diumumkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Pusat Operasi BN manek Urai, sebentar tadi.
Jumaat lalu, Pas mengumumkan pemilihan peraih ikan yang juga Bendahari Pas kawasan Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah, sebagai calonnya.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 6 Julai sebagai hari penamaan calon dan jika ada pertandingan, pengundian ditetapkan pada 14 Julai.
Pas anggap kerajaan perpaduan sudah 'tutup buku'
Pengarah Pilihan Raya Pas Negeri, Abdul Fatah Harun berkata, mereka yang masih mempersoalkan isu itu dianggap sudah ketinggalan zaman dan tidak mengikuti perkembangan politik semasa.
“Cerita mengenai kerajaan perpaduan sudah 'tutup buku' dan kita (Pas) tak akan layan mana-mana pihak yang cuba memperkatakannya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.
Beliau yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Rantau Panjang, berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan, bahawa idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden Pas demi perpaduan Melayu belum berkubur.
“Biarlah UMNO nak kata apa pun, Pas tetap dengan pendirian bahawa isu tersebut sudah ditutup dan tidak akan dibincang lagi.
“Ini sebagaimana diputuskan dalam perjumpaan pemimpin tertinggi parti, termasuk pemimpin Pakatan Rakyat baru-baru ini,” katanya.
Beliau juga mahu pemimpin parti politik mengikuti perkembangan semasa untuk mengulas sesuatu isu yang bertujuan untuk dijadikan bahan kempen dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai sekarang ini.
Manek Urai: Kepiluan Rakyat Merintih Harapan Baru
Dewan Pemuda dan Muslimat negeri pastikan kemenangan calon
MANEK URAI BARU, 27 Jun - Dua sayap utama PAS Kelantan melalui Dewan Pemuda dan Dewan Muslimatnya semalam menyokong penuh calon yang dipilih untuk mewakil PAS dalam pilihanraya Dun Manek Urai awal bulan depan. Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman semalam berkata, Pemuda negeri berikrar meneruskan agenda memenangkan calon PAS tanpa memikirkan siapa calon yang dipilih pimpinan negeri. Beliau yang mewakili Dewan Pemuda PAS negeri mengucapkan tahniah kepada Fauzi Abdullah yang juga Bendahari PAS Kuala Krai yang telah diberi kepercayaan meneruskan kesinambungan Allahyarham Paksu Wil membela nasib rakyat di Dun Manek Urai. Haji Mohd Fauzi Abdullah yang dinamakan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai dibuat berdasar pemilihan mengikut sistem Kajian Awal Pilihan Raya (KAP) terhadap senarai calon daripada peringkat akar umbi dan cawangan. Manakala Timbalan Ketua Muslimat PAS negeri, Hajah Wan Ubaidah Wan Omar di petik sebagai berkata, pemilihan Haji Fauzi amat bertepatan kerana beliau merupakan orang yang dikenali ramai di Manek Urai dan Kuala Krai. Katanya, walaupun Fauzi yang lebih disenangi dengan pangilan Abe Uji itu tidak mendapat pendidikan tinggi, namun kepatuhannya terhadap parti dan sikapnya yang mudah mesra dengan orang ramai menjadi kriteria utama. "Dewan Muslimat PAS negeri akan bekerja kuat untuk memastikan calon PAS mendapat sokongan dan berharap akan meningkatkan majoriti pada pilihan raya kecil nanti," ujarnya ketika ditemui selepas pengisytiharan calon tersebut di Manek Urai Lama malam tadi. Wan Ubaidah yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, Dewan Muslimat negeri sudah berada di setiap peti undi berkempen dari rumah ke rumah sejak beberapa minggu lalu. Petugas negeri membantu juga dimaklumkan akan turut sama turun mengikut jadual yang dipersetujui Jabatan Pilihanraya Negeri (JPN) dalam kerahan tenaga memastikan kemenangan calon PAS. |
Fauzi Abdullah, calon yang mudah didampingi rakyat
MANEK URAI, 27 Jun - PAS meletakkan seorang peniaga berjaya sebagai calon yang akan mempertahankan kemenangan Dun Manek Urai. Fauzi Haji Abdullah, 50 sudah lama menetap di Kuala Krai, iaitu semenjak berhijrah bersama-sama keluarganya semasa masih kecil. Anak keenam daripada lapan beradik ini telah mendirikan rumah tangga dengan Aminah bt Mahmood dan dikurnia 5 orang anak. Anak sulung beliau kini sedang melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti manakala yang lain-lain masih di bangku sekolah. Aktif terlibat dengan PAS semenjak masih muda dan kini merupakan Ketua Cawangan PAS di Bandar Kuala Krai. Pengalamannya yang luas di dalam parti menyebabkan beliau turut dilantik sebagai Pengarah MTD Guchil dan pernah menjadi Penyelia Dun Guchil. Sifatnya yang mesra dan mudah didampingi sangat disenangi oleh masyarakat terutama di Manek Urai. Beliau juga seorang yang wara' dan tawadu' serta mudah ditemui di kedai-kedai kopi. PAS melalui Mursyidul Amnya malam tadi sewaktu mengisytiharkan calon PAS berharap semoga pemilihan Haji Fauzi sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil N.41 ini akan membawa kejayaan kepada PAS dan sekaligus meneruskan agenda wakil rakyat sebelum ini demi kepentingan rakyat di Manek Urai. |
Soal siapa calon: PAS selesai, BN yang masih bercelaru
MANEK URAI LAMA, 27 Jun - Keputusan PAS yang mengumumkan Fauzi Abdullah sebagai calonnya bertanding bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam, sekaligus menolak kenyataan bahawa PAS sebelum ini ketandusan calon sesuai di Manek Urai. Pengarah Jentera Pilihan Raya Dun Manek Urai, Haji Abdul Fatah Harun memberitahu pengumuman yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan malam tadi, membuktikan bahawa calon rakyat diutamakan dan usia bukan penentu. "PAS tetap menekankan calon yang diterima rakyat dan bukan bersandarkan faktor usia semata-mata sebagaimana meletak calon yang muda seperti yang di sarankan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)," ujarnya membetulkan persepsi negatif mana-mana pihak yang tidak bertanggunjawab itu. PAS Manek Urai sebelum ini sering dikatakan menghadapi masalah kerana ketiadaan calon yang sesuai untuk diletakkan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN berkenaan 14 Julai depan. Hakikatnya, PAS sudah pun selesai menamakan calon namun sebelum dari PAS mengumumkan calon, sudah kedengaran nada kecewa diluahkan beberapa pemimpin Umno kerana mereka seperti dipinggirkan. "Walaupun BN dikhabarkan bakal menamakan calon mereka hari ini, keadaan BN masih nampak bercelaru apabila Dato' Seri Najib Razak seakan-akan belum pasti bila calon Umno akan diumumkan. BN yang sebenarnya berhadapan dengan masalah menakan calon mereka, "Malah tindakan Perdana Menteri yang sekadar menyebut hari Ahad ini, hanya dipandang tidak lebih sebagai satu kemungkinan sahaja," tambahnya. Najib yang juga Presiden Umno juga dilihat seperti melepas tangan apabila pengumuman calon tersebut hanya diwakilkan kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassi |
Kemenangan Manek Urai, wajib dipertahankan - Presiden PAS
MANEK URAI LAMA, 27 Jun - Pilihanraya lalu Barisan Nasional (BN) menghadapi kejatuhan merundum dalam memenangi kepercayaan rakyat Malaysia setelah Pakatan Rakyat menguasai kebanyakan pilihanraya kecil yang diadakan sejak Mei tahun lalu. Kemenangan berturut-turut Pakatan Rakyat di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Penanti awal bulan lepas akan disusuli kemenangannya di Manek Urai 14 Julai nanti. Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam ucapannya di majlis pengisytiharaan calon PAS malam tadi menegaskan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai wajib dipertahankan. "Pada tahun 1978, PAS dihentam secara habis-habisan oleh BN dengan cara yang zalim, sehingga mereka (BN/Umno) mengisytiharkan darurat dan pilihanraya pada ketika itu nyata berat sebelah," ujarnya. Mengimbas sejarah pahit PAS yang pernah berkerjasama bersama dengan Umno pada tahun 1978 itu, beliau mengharapkan sejarah itu akan sentiasa diingati seluruh ahli PAS secara langsung akan menolak Umno/BN. "PAS ketika itu hanya mampu memenangi dua buah kerusi dan salah satu kerusi yang di menangi adalah Manek Urai, maka wajarlah untuk wajib kita pertahankan manek Urai ini," tambah beliau. Sehubungan itu, beliau menyeru khususnya kepada penduduk tempatan untuk mempertahankan Manek Urai bagi meneruskan kepimpinan ulamak yang diterajui Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. |
Fauzi Abdullah, calon Manek Urai
|
MANEK URAI LAMA, 27 Jun - Teka teki siapakah calon PAS di Manek Urai akhirnya terjawab sudah. Pengumuan tersebut disempurnakan Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz tepat jam 11.30 malam tadi, dekat sini.
Menurut pihak urusetia penerangan, Fauzi yang menjadi calon pilihan PAS itu merupakan calon pilihan rakyat tempatan, malah beliau dikatakan mendapat kepercayaan tinggi dari penduduk tempatan untuk menggalas jawatan yang ditinggalkan Paksu Wei itu.
"Seperti yang dijangkakan, sememangnya nama Fauzi yang akan diumumkan malam ini," tambah sekumpulan pengundi muda ketika ditemui akhir majlis tersebut.
Majlis pengisytiharaan di padang sekolah yang berhadapan markaz Unit Peti Undi (UPU) Manek Urai Lama itu dipenuhi kira-kira 40 ribu orang yang rata-ratanya penduduk tempatan. |
18 Jun 2009
Kerajaan Perpaduan : Perangkap UMNO
Oleh Prof. Dr. Haji Sabirin EhsanKenyataan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai saranan supaya YB Nasharudin Md Isa Timbalan Presiden PAS supaya meninggalkan PAS jika ingin meneruskan rundingan Kerajaan Perpaduan (UG) merupakan satu isyarat yang jelas. Isyaratnya 'take it OR leave it'. Beranikah Timb Presiden PAS ini untuk melawan gelombang dalam PAS yang tegas dan jelas 'We do not want any "transaction" with UMNO/BN'.
Kerajaan Perpaduan seperti yang diwar-warkan sebenarnya bukanlah satu agenda besar, ia hanyalah satu jerangkap samar UMNO dengan satu tujuan iaini - memecah-belahkan PAS dan PR serta meraih peluang untuk mereka mendapat sokongan kembali rakyat setelah terpukul dalam PRU yang lalu. YAB Perdana Menteri Najib Tun Razak mahu memulihkan kembali palitan kekotoran UMNO/BN dengan menggunakan isu perpaduan sebagai pemangkinnya. UMNO telah sedikit sebanyak mendapat momentum yang baik. Jika PAS tidak teliti maka mereka akan terperangkap dengan amat parah sekali didalam jerangkap samar UMNO/BN.
Dalam tempoh seminggu dua ini Najib dan Muhyiddin sedang dikelilingi oleh penganalisis politik dan pakar strategi UMNO/BN yang diketuai oleh beberapa Professor dan pakar-pakar saraf untuk menanti sebarang riaksi kelemahan PAS untuk meletupkan beberapa bom jangka. Ia akan berkisar dengan isu perpaduan, kemasukan Chin Peng, isu bahasa dan isu agama Islam. Mereka telah mencuba beberapa cucuhan kecil-kecilan umpamanya isu Sister in Islam dan bahasa. Saraf UMNO/BN disemarakkan sedikit melalui kelemahan Timb Presiden PAS melalui isu perpaduan dan UG.
Sebenarnya isu UG bukan satu yang harus dijadikan modal perbahasan oleh pimpinan PAS malah pimpinan PAS harus sepakat mematikan isu ini. PAS harus sedar melalui gabungan PR mereka sedang menuju ke Putrajaya. Mereka haru menjadi pemangkin kepada pengukuhan PR dan belajar menjadi 'Stateman' dan bersedia untuk mengambilalih kerajaan. Nampaknya Timb Presiden PAS terlalu gelojoh hingga lupa bahawa rakyat amat menaruh peralihan kuasa segera dari UMNO/BN kepada PR. Ini kerana kemeluatan rakyat terhadap BN dan agendanya sangat-sangat meluas. PAS juga harus sedar bahawa UMNO/BN sekarang amat bangkrap dengan sekarang modal untuk memulihkan kepercayaan rakyat. Pakej-paker yang ditawarkan oleh mrk untuk memulihkan kepercayaan rakyat termasuk dalam hal-hal politik dan ekonomi semuanya gagal. Sedarkah pimpinan PAS akan hal ini?!
PAS seharusnya menjadi pemangkin kepada perubahan dan mengetuai perubahan melalui PR. Sekiranya PAS gagal menggarap agenda perubahan total ini makan inilah isyarat awal bahawa PAS akan kecundang dan PR akan pecah. Hati-hati BOM JANGKA UMNO/BN dalam masa sehari dua lagi. Kepada Timbalan Presiden PAS "STOP IT", kepada semua pimpnan PAS disemua peringkat, "lets unite" dan bergerak sebagai 1PAS (One PAS).
Mahfuz, Salahuddin minta Ustaz Nasharudin jumpa Tok Guru

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh) - Dua Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub meminta Timbalan Presiden, Ustaz Nasharudin Mat Isa bertemu dengan Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dalam masa terdekat.
Beliau menasihatkan Nasharudin bertemu dengan Tok Guru bagi meredakan isu berhubung gesaan Tok Guru agar beliau melepaskan jawatan selaku Ahli Parlimen Bachok semalam.
Mahfuz yang ditemui di Dewan Rakyat hari ini berkata, sejak pagi tadi beliau cuba menghubungi Nasharudin bagi membincangkan cadangan bertemu dengan Tok Guru, bagaimanapun gagal.
"Saya cuba telefon beliau tetapi tidak berjaya, namun saya telah mengirimkan SMS kepadanya menyatakan cadangan agar beliau bertemu dengan Tok Guru.
"Sebagai orang muda beliau kena lihat positif bahawa apa yang diluah Tok Guru adalah untuk lihat masa depan beliau dan parti lebih baik.
"Saya percaya Tok Guru tidak ada sifat kebencian terhadap beliau sebab apa yang dilakukan Tok Guru atas dasar kasih sayang sepertimana sifat seorang ayah yang kadang menegur dan memukul anak atas dasar kasih sayang dan bukan kerana benci," katanya.
Mengulas isu yang sama, Salahudin Ayub turut mahu Nasharudin bertemu dengan Tok Guru dalam masa terdekat.
Penyelesaian secara 'anak beranak' adalah penting dalam hal ini bagi meredakan ketegangan, ujarnya.
Beliau berharap harap Nasharudin boleh melakukan demi kebaikan beliau dan redakan keadaan dan keresahan dalam parti.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan ada mesyuarat khas sekembalinya Presiden PAS dari luar negara hujung minggu ini bagi membincangkan isu terbabit.- wann/mks. _
16 Jun 2009
10 Jun 2009
Gerak Kerja Jentera Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai
08 Jun 2009
Pesta Sukan Pasti Negeri Kelantan Di Laloh
Pesta Sukan ini adalah acara tertunda apabila ianya tidak dapat dilaksanakan disebabkan hujan lebat yang turun disekitar kota Bharu pada 30 mei 2009 lepas.
Diantara acara tambahan pada pesta sukan itu ialah cabutan bertuah untuk orang ramai yang hadir,dan beberapa acara sukan orang ramai seperti tarik tali, bowling padang dan banyak lagi.
Oleh yang demikian, pihak penganjur bersama (Dewan Pemuda PAS kawasan Kuala Krai) mengharapkan agar penduduk setempat dapat keluar beramai-ramai pada hari tersebut.
05 Jun 2009
Pasokan Dabong Tewas!!!
Kedua-dua pasokan telah mempamerkan aksi yang menarik sehingga memaksa perlawan terikat 0-0. Dalam sepakan penalti, keputusan telah memihak kepada Pasokan Sungai Sam dengan 6 jaringan berbalas 4.
Menurut urusetia kejohanan, Che Shaari B Che Ali berkata, petang ini merupakan perlawanan separuh akhir yang pertama dan pada petang esok (6 Jun 2009) merupakan perlawan separuh akhir yang kedua di mana Pasokan Kemubu akan bertemu dengan Pasokan Kuala Gris. Ianya bertempat di Padang majlis Daerah Dabong pada jam 5.00 petang.
Menurutnya lagi, dalam suasana menghadapi pilihanraya kecil N41 Manek Urai tidak lama lagi, Kejohanan Liga Dun Dabong dapat dihabiskan lebih awal kerana hampir semua urusetia kejohanan terlibat dalam membantu kempen pilihanraya di Manek Urai.
Insya Allah, pada minggu depan perlawanan akhir Kejohanan Bolasepak Dun Dabong akan dilangsungkan jika tidak ada sebarang masalah. Majulah Sokan Untuk Agama.
03 Jun 2009
Muktamar PAS bersiaran secara langsung melalui web
Melalui laman khas yang diperkenalkan, iaitu Muktamar 55, ianya bakal memuatkan beberapa bahan berita dan video, selain membolehkan orang ramai mengikuti persidangan empat hari PAS secara langsung dengan lebih mudah lagi.
Ke semua ucapan dasar, perbahasan dan sebagainya bakal di sajikan kepada orang ramai secara telus dan terbuka melalui laman tersebut.
Ruangan yang terbatas dalam beberapa media utama tanah air termasuk laporan yang tidak adil menjadikan PAS menggunakan teknologi internet sebaiknya untuk menyampaikan ucapan dasar mereka kepada orang ramai.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar yang merasmikan laman web Muktamar 55 ini menyatakan gerbang muktamar yang dilancarkan itu berobjektifkan saluran maklumat kepada seluruh rakyat termasuk untuk masyarakat antarabangsa yang kini sudah mengenali dan kagum dengan PAS sebagai parti politik yang berjaya di negara ini.
Bahan-bahan yang akan mengisi gerbang maklumat itu antaranya siaran langsung terus menerus sidang muktamar bermula dengan muktamar dewan hinggalah muktamar penuh, katanya.
"Kita akan menyiarkan secara telus dan terbuka maklumat ucapan dasar, ucapan-ucapan perbahasan, maklumat keputusan pemilihan termasuk pemilihan di peringkat kawasan, negeri dan seterusnya yang sedang berlansung sejak beberapa minggu ini," katanya.
Laman web ini ujar Kamarudin diselia oleh Jabatan IT PAS Pusat dan telah pun beroperasi sejak beberapa minggu lalu.
"Saya mengharapkan dengan adanya laman ini, semua maklumat mengenai muktamar dapat kita sampaikan kepada seluruh rakyat.
"Kita bukan macam Umno yang ada televisyen dan media tetapi menyekat maklumat termasuk maklumat perbahasan sidang mereka kepada umum," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan supaya semua perwakilan akan berbahas dengan penuh etika dan beradab seperti muktamar-muktamar yang lalu di samping.
(Harakahdaily)
02 Jun 2009
Alahai Ibrahim Ali...
`KATAK DUA SEJOLI' DAN SI TANGGANG

Baru-baru ini Ibrahim `Al-Kataki' mula berbunyi semula selepas beliau mempersendakan mogok lapar PR di Perak. Di Perak katanya, mengapa PR tidak mogok sampai mati sahaja? Itulah kata-kata seorang MP yang tidak sedar diri diuntung. Dahulu semasa beliau mencari makan dalam Umno, beliau pernah mempersendakan Tn Guru Nik Aziz dengan menyatakan beliaulah yang mengajar MB Kelantan itu memakai semutar (serban). Beliau dahulu pun pernah menyatakan bahawa Almarhum Ustaz Fadzil Noor (Presiden PAS) seperti Moshe Dayan (Bekas PM Israel) kerana `bermata satu'. Ibrahim Al-kataki ini juga sewaktu era kebangkitan reformasi, beliau menyatakan bagaimana DS Anwar merayu dan memeluk beliau agar beliau dapat membantunya dari dipecat dari jawatan dalam Umno ketika itu. Itulah cara Ibrahim Al-kataki berpolitik dan caranya itu tidak pernah berubah.
Saya dapat merasakan betapa menyesalnya rakyat Pasir Mas mengundi beliau di dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Tapi, apakan daya ketika itu Tuan Guru Nik Aziz yang pernah dihina oleh Ibrahim Al-kataki ini tidak pernah menyimpan dendam terhadap sesiapa dan bersangka baik terhadap Ibrahim Al-kataki ini. Apatah lagi, Tuan Guru amat kesihan dan simpati apabila melihat Ibrahim Al-kataki ini `disepak serta dihumban' oleh Umno ke dalam `tong najis'. Tuan Guru ambil beliau, bersihkan tubuhnya dari segala kekotoran najis tersebut dan memberikan ruang untuk beliau bercakap serta berkempen untuk membela nasibnya sendiri selepas dizalimi oleh Umno. Akhir sekali, Tuan Guru membuat keputusan yang amat kritikal ketika itu iaitu memberi kerusi Parlimen Pasir Mas kepada Ibrahim Al-kataki. Mungkin selepas Tuan Guru melihat betapa Ibrahim Al-kataki tidak mampu berjuang bersendirian dan beberapa kali tewas di dalam pilihanraya di Pasir Mas sebagai calon bebas. Ternyata Ibrahim Al-kataki bukan seorang yang hebat tanpa bantuan PAS.
Kini, selepas bergelar Ahli Parlimen dengan ehsan PAS, Ibrahim Al-kataki mula lupa diri seperti kisah `Si Tanggang'. Beliau berkata akan mendedahkan segala kelemahan kerajaan PAS di Kelantan di bawah Tuan Guru yang telah `memberi' nya makan. Kita tidak kisah tentang apa pun pendedahan yang mungkin akan didedahkan oleh Ibrahim Al-kataki ini kerana rakyat Kelantan khususnya di Manik Urai telah begitu lama mengenali siapa Ibrahim Al-kataki ini. Sebelum beliau ditabalkan menjadi Ahli Parlimen, di dalam ceramahnya di Kelantan tidak lekang mulutnya memuji kepimpinan Tuan Guru. Tetapi setelah menyedari bahawa di dalam pilihanraya umum akan datang kemungkinan besar beliau akan bertanding bersendirian atau mewakili Umno (jika Umno masih selera memilihnya) beliau akan hilang deposit, maka tiada pilihan lain terpaksa Ibrahim Al-kataki ini menjilat kahaknya kembali.
Apa yang ingin didedahkan oleh Ibrahim Al-kataki? Bagaimana beliau ingin mendedahkan keburukan orang lain sedangkan dirinya kini telah terdedah dengan segala kejelekan? Saya agak hairan bagaimana beliau mampu mempunyai kulit muka yang `tebal' untuk terus berada di kerusi Parlimen Pasir Mas? Itulah kelebihan Ibrahim Al-kataki dan keajaibannya yang sukar ditandingi termasuk oleh Raja Sesumpah mahupun Kak Min walaupun dari `spesis' yang sama. Raja Sesumpah meskipun termasuk dalam kategori Al-kataki, tetapi sekurang-kurangnya beliau tidak pernah memakan hasil suapan orang yang ditentangnya. Begitu juga dengan Kak Min yang baru hendak belajar dari Ibrahim Al-kataki dan juga dari Raja sesumpah.
"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan" dan "Alang-alang katak melompat, biar sampai ke dalam tong najis". Mungkin inilah prinsip Ibrahim Al-kataki sekarang. Kita akan melihat gelagat Ibrahim Al-kataki ini nanti sewaktu kempen di Manik Urai tidak berapa lama lagi. Saya berharap agar semasa kempen itu nanti, cuaca dalam keadaan baik di Manik Urai kerana saya bimbang jika Katak berbunyi, maka hujan pun turun.
WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com
Siapa Penderhaka Malaysia?!
Nordin Ahmad / Hang Jebat (1961)
Jika pada zaman kesultanan Melaka, Hang Tuah digambarkan sebagai pahlawan terbilang dan seorang yang paling setia dengan Sultan. Manakala Hang Jebat pula dianggap sebagai sebagai penderhaka. Maka, Hang Tuah sendiri akhirnya yang membunuh Hang Jebat walaupun Hang Jebat merupakan sahabat karibnya sewaktu kecil, bahkan Hang Jebat menderhaka adalah semata-mata kerana membela Hang Tuah.
Fakta ini adalah bergantung kepada pandangan umum mengikut waktu dan masa tertentu. Pendapat akan sentiasa berubah ubah mengikut kesesuaian zaman dan keperluan semasa. Begitu juga dengan politik yang wujud di Malaysia kini. Mungkin pada zaman sebelum merdeka, UMNO dianggap sebagai pembela bangsa dan perjuang kemerdekaan. Tapi adakah kini UMNO masih boleh diaggap begitu? Atau perlu UMNO dianggap sebagai penderhaka di zaman moden? Kalau benar UMNo menderhaka, maka kepada siapakah yang telah UMNO menderhaka?
UMNO seringkali mendabik dada dengan menyatakan mereka adalah pendokong raja-raja melayu dan pembela bangsa. Namun seringkali tindak tanduk UMNO membayangkan perkara sebaliknya. Tak perlulah diberikan contoh penderhakaan UMNO kepada raja-raja dan sultan melayu, kerana rata-rata rakyat malaysia sendiri sedia maklum. Penderhakaan UMNO yang terbesar adalah kepada rakyat malaysia seluruhnya.
Dasar penswastaan negara pada mulanya adakah berniat untuk meringankan beban kerajaan dan membantu rakyat, namun kini rakyat yang teruk menanggung kos. Contoh yang mudah adalah apabila JBA di selangor diswastakan dan diambil alih oleh syabas. Tarif air yang semakin naik dan membebankan rakyat, diwaktu yang sama gaji Pengerusi sebanyak RM425 ribu sebulan atau bersamaan RM 5.1 juta setahun!. Manakala gaji tahunan termasuk elaun tetap bagi pengerusi TNB iaitu dato' sri che khalib berjumlah RM 1.107juta pada tahun 2007 dan telah pun dinaikan sebanyak 100% untuk tahun 2008. Pengerusi Telekom Malaysia iaitu Dato' Seri Abdul Wahid Omar pendapatan tahunannya sebanyak RM 1.7juta pada tahun 2007.
Akhirnya rakyat malaysia terpaksa menanggung segala kos bagi membolehkan CEO ini bergaji mewah. Apa yang kerajaan Barisan Nasional dan UMNO buat? UMNO dan BN akan tetap dengan dsar penswastaan kerana kononya ianya meringankan beban kerajaan. Akhirnya rakyatlah menanggung semua itu. Adakah UMNO layak dianggap sebagai penderhaka kepada rakyat Malaysia? Fikirlah sendiri!
TAK NAK Barisan Nasional. Setiap Undian Membawa Padah!!!
01 Jun 2009
Pemuda Pas Kawasan Kuala Krai Memulakan Gerak Kerja Pilihanraya N.41
Dalam pejumpaan tersebut, beberapa prancangan program kepemudaan telah dirancang untuk dilaksanakan.
Pemuda memulakan program dengan mengadakan program tamat latihan seni mempertahankan diri Tomoi di UPU Chuchuh Puteri bersama Kelab Mouy Turbo Chuchoh Puteri A.
Ketua Pemuda Pas kawasan Ustaz Mahadi Mat Zin telah menyampaikan sumbagan baju untuk peserta ahli Tomoi tersebut. YB M. (B) Anizam Ab Rahman, Exco kerajaan negeri telah menyampaikan sumbangan kepada ahli kelab dan merasmikan program tersebut.