11 Julai 2011

Berjihad Di Hadapan Pemeritah Zalim

BERJIHAD DI HADAPAN PEMERINTAH ZALIM
ما من نبي بعثه الله في أمة قبلي الا كان له من أمته حواريون و أصحاب يأخذون بسنته و يقتدون بأمره ثم انها تخلف من بعدهم خلوف يقولون ما لا يفعلون ويفعلون ما لا يؤمرون فمن جاهدهم بيده فهو مؤمن و من جاهدهم بلسانه فهو مؤمن و جاهدهم بقلبه فهو مؤمن و ليس وراء ذلك من لأيمان حبة خردل

Hadis di atas dipetik dari Sahih Muslim. Maksud hadis adalah seperti berikut

Tiada seorang nabi pun yang Allah utuskan kepada satu-satu umat sebelumku melainkan ada di kalangan umatnya yang menjadi penyokong dan teman seperjuangan; mereka mengambil sunnah perjalanan hidup nabi mereka, dan mereka taatkan arahannya, kemudian sesungguhnya akan menggantikan mereka pengganti-pengganti yang jahat; mereka berkata apa yang mereka tidak buat, dan mereka buat apa yang mereka tidak disuruh.

Maka barangsiapa yang berjihad melawan mereka dengan tangannya, maka dia benar-benar beriman.Dan barangsiapa yang berjihad melawan mereka dengan lidah, maka dia beriman; dan barangsiapa yang berjihad melawan mereka dengan hati, maka dia juga beriman. Dan tiada lagi iman (kalau tidak berjihad melawan mereka dengan hati) walaupun sebesar biji sawi.”

HURAIAN

Hadis ini merupakan dalil kewajipan berjihad,

sekaligus menyatakan bahawa berjihad merupakan tanda kesempurnaan iman seseorang.

Inilah amal soleh yang sangat relevan pada masa sekarang. Di saat rakyat ditindas dengan pelbagai kezaliman, ada suara-suara pemimpin masyarakat yang bangkit menegur pemerintah agar memberi dan mengembalikan hak-hak mereka.

Dalam perjuangan zaman moden, kelompok yang berjihad ini dipanggil pihak pembangkang kerajaan. Kalau perjuangan mereka ditentang kerajaan yang zalim, itu tanda benarnya perjuangan itu kerana sudah sunnatullah, ada yang bersama-sama yang haq, dan ada yang bersama-sama yang batil.

Dalam pengajian ilmu fiqh jihad, kita tidak dibenarkan angkat senjata kepada orang yang tidak mengangkat senjata terhadap kita. Lalu dalam konteks negara Malaysia, pertentangan antara haq dan batil adalah dalam bentuk demokrasi pilihanraya. Maknanya jihad sekarang ialah menukarkan kerajaan yang zalim dengan jalan pilihanraya. Tidak ada pertumpahan darah. Oleh itu, tidak benar sama sekali dakwaan sesetengah ahli agama dan ahli politik bahawa jamaah Islam yang memasuki arena politik kepartian di Malaysia adalah berfahaman Khawarij kerana Khawarij menghalalkan darah pemerintah yang dianggapnya menyeleweng dari ajaran Islam.

AMAR MA’ARUF NAHI MUNKAR ADALAH JIHAD

Hadis yang disebutkan di atas digunapakai oleh sesetengah ulama bagi menghuraikan hadis nahi munkar yang terkenal,

من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فان لم يستطع فلسانه فان لم يستطع فبقلبه و ذلك أضعف الايمان

Barangsiapa di kalangan kamu yang telah melihat munkar, maka hendaklah mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak mampu, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu juga, maka hendaklah mengubahnya dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.”

Justeru, di sini kita boleh buat satu kesimpulan mudah iaitu Mencegah kemunkaran merupakan satu bentuk jihad pada jalan Allah. Lebih-lebih lagi, ia disokong pula dengan sebuah hadis lain yang berbunyi,

أفضل الجهاد كلمة حق عند السلطان جائر

Yang bermaksud,

“Selebih-lebih jihad ialah berkata benar di hadapan pemerintah yang jahat”.

Cukuplah dengan tiga hadis ini menjadi dalil bahawa amar ma’aruf nahi munkar merupakan jihad yang dianjurkan dalam Islam. Dan cukup juga hadis-hadis yang disebut itu sebagai dalil bahawa PAS sebagai sebuah gerakan Islam telah, sedang dan insyaAllah terus menerus melaksanakan kewajipan jihad paling afdhal ini di tanahair Malaysia.

;WALLAHU A'LAM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...