28 Jun 2009

Tuan Aziz Tuan Mat calon BN di Manek Urai

KUALA KRAI: Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilhan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Pemilihan beliau yang juga pegawai kanan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), diumumkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Pusat Operasi BN manek Urai, sebentar tadi.

Jumaat lalu, Pas mengumumkan pemilihan peraih ikan yang juga Bendahari Pas kawasan Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah, sebagai calonnya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Angkatan Kemajuan Insan Malaysia (Akim), Zakaria Salleh, turut mengumumkan hasrat bertanding di kerusi berkenaan tetapi semalam, Presidennya, Hanafi Hamat turut menyatakan hasrat sama.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 6 Julai sebagai hari penamaan calon dan jika ada pertandingan, pengundian ditetapkan pada 14 Julai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...