28 Jun 2009

Soal siapa calon: PAS selesai, BN yang masih bercelaru



MANEK URAI LAMA, 27 Jun - Keputusan PAS yang mengumumkan Fauzi Abdullah sebagai calonnya bertanding bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam, sekaligus menolak kenyataan bahawa PAS sebelum ini ketandusan calon sesuai di Manek Urai.


Pengarah Jentera Pilihan Raya Dun Manek Urai, Haji Abdul Fatah Harun memberitahu pengumuman yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan malam tadi, membuktikan bahawa calon rakyat diutamakan dan usia bukan penentu.


"PAS tetap menekankan calon yang diterima rakyat dan bukan bersandarkan faktor usia semata-mata sebagaimana meletak calon yang muda seperti yang di sarankan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)," ujarnya membetulkan persepsi negatif mana-mana pihak yang tidak bertanggunjawab itu.


PAS Manek Urai sebelum ini sering dikatakan menghadapi masalah kerana ketiadaan calon yang sesuai untuk diletakkan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN berkenaan 14 Julai depan.


Hakikatnya, PAS sudah pun selesai menamakan calon namun sebelum dari PAS mengumumkan calon, sudah kedengaran nada kecewa diluahkan beberapa pemimpin Umno kerana mereka seperti dipinggirkan.


"Walaupun BN dikhabarkan bakal menamakan calon mereka hari ini, keadaan BN masih nampak bercelaru apabila Dato' Seri Najib Razak seakan-akan belum pasti bila calon Umno akan diumumkan. BN yang sebenarnya berhadapan dengan masalah menakan calon mereka,


"Malah tindakan Perdana Menteri yang sekadar menyebut hari Ahad ini, hanya dipandang tidak lebih sebagai satu kemungkinan sahaja," tambahnya.


Najib yang juga Presiden Umno juga dilihat seperti melepas tangan apabila pengumuman calon tersebut hanya diwakilkan kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...