02 Jun 2009

Siapa Penderhaka Malaysia?!


“Jangan! Jangan sembah aku. Aku bukan gila disembah. Aku bukan sebagai Sultan Melaka yang mengagung-agungkan pangkat dan kebesarannya. Aku Jebat, rakyat biasa. Pangkat aku untuk kepentingan rakyat. Bergerak aku untuk membuat jasa kepada rakyat, dan aku rela mati untuk rakyat. Kerana aku mahu keadilan, keadilan, Keadilan!”

Nordin Ahmad / Hang Jebat (1961)

Jika pada zaman kesultanan Melaka, Hang Tuah digambarkan sebagai pahlawan terbilang dan seorang yang paling setia dengan Sultan. Manakala Hang Jebat pula dianggap sebagai sebagai penderhaka. Maka, Hang Tuah sendiri akhirnya yang membunuh Hang Jebat walaupun Hang Jebat merupakan sahabat karibnya sewaktu kecil, bahkan Hang Jebat menderhaka adalah semata-mata kerana membela Hang Tuah.

Namun masyarakat pada zaman ini akan memandang Hang Jebat sebagai pahlawan terbilang kerana keberaniannya menentang sultan di atas ketidakadilan sultan sendiri. Hang Jebat boleh dianggap sebagai pejuang demokrasi. Sebaliknya terjadi pada hang Tuah, pada zaman ini Hang Tuah mungkin dianggap sebagai seorang pak turut kerana mengikut perintah sultan membabi buta, sehinggakan sangup membunuh sahabat karibnya sendiri. Hang Tuah membunuh Hang Jebat atas alasan "Namun, perintah sultan tetap kujunjung" Jika ini dijadikan alasan pada zaman sekarang, maka terserlah sikap lurus bendul Hang Tuah.

Fakta ini adalah bergantung kepada pandangan umum mengikut waktu dan masa tertentu. Pendapat akan sentiasa berubah ubah mengikut kesesuaian zaman dan keperluan semasa. Begitu juga dengan politik yang wujud di Malaysia kini. Mungkin pada zaman sebelum merdeka, UMNO dianggap sebagai pembela bangsa dan perjuang kemerdekaan. Tapi adakah kini UMNO masih boleh diaggap begitu? Atau perlu UMNO dianggap sebagai penderhaka di zaman moden? Kalau benar UMNo menderhaka, maka kepada siapakah yang telah UMNO menderhaka?

UMNO seringkali mendabik dada dengan menyatakan mereka adalah pendokong raja-raja melayu dan pembela bangsa. Namun seringkali tindak tanduk UMNO membayangkan perkara sebaliknya. Tak perlulah diberikan contoh penderhakaan UMNO kepada raja-raja dan sultan melayu, kerana rata-rata rakyat malaysia sendiri sedia maklum. Penderhakaan UMNO yang terbesar adalah kepada rakyat malaysia seluruhnya.

Dasar penswastaan negara pada mulanya adakah berniat untuk meringankan beban kerajaan dan membantu rakyat, namun kini rakyat yang teruk menanggung kos. Contoh yang mudah adalah apabila JBA di selangor diswastakan dan diambil alih oleh syabas. Tarif air yang semakin naik dan membebankan rakyat, diwaktu yang sama gaji Pengerusi sebanyak RM425 ribu sebulan atau bersamaan RM 5.1 juta setahun!. Manakala gaji tahunan termasuk elaun tetap bagi pengerusi TNB iaitu dato' sri che khalib berjumlah RM 1.107juta pada tahun 2007 dan telah pun dinaikan sebanyak 100% untuk tahun 2008. Pengerusi Telekom Malaysia iaitu Dato' Seri Abdul Wahid Omar pendapatan tahunannya sebanyak RM 1.7juta pada tahun 2007.

Akhirnya rakyat malaysia terpaksa menanggung segala kos bagi membolehkan CEO ini bergaji mewah. Apa yang kerajaan Barisan Nasional dan UMNO buat? UMNO dan BN akan tetap dengan dsar penswastaan kerana kononya ianya meringankan beban kerajaan. Akhirnya rakyatlah menanggung semua itu. Adakah UMNO layak dianggap sebagai penderhaka kepada rakyat Malaysia? Fikirlah sendiri!

TAK NAK Barisan Nasional. Setiap Undian Membawa Padah!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...