05 Jun 2009

Pasokan Dabong Tewas!!!

DABONG, 5 Jun : Pasokan Bolasepak Dabong telah tewas kepada Pasokan Sungai Sam dalam perlawanan separuh akhir Liga Dun Peringkat Dun Dabong hari ini. Pasokan Sungai Sam telah mengalahkan pasokan Dabong dengan sepakan penaltan setelah kedua-dua pasuka terikat 0-0 pada masa penuh perlawanan.

Kedua-dua pasokan telah mempamerkan aksi yang menarik sehingga memaksa perlawan terikat 0-0. Dalam sepakan penalti, keputusan telah memihak kepada Pasokan Sungai Sam dengan 6 jaringan berbalas 4.

Menurut urusetia kejohanan, Che Shaari B Che Ali berkata, petang ini merupakan perlawanan separuh akhir yang pertama dan pada petang esok (6 Jun 2009) merupakan perlawan separuh akhir yang kedua di mana Pasokan Kemubu akan bertemu dengan Pasokan Kuala Gris. Ianya bertempat di Padang majlis Daerah Dabong pada jam 5.00 petang.

Menurutnya lagi, dalam suasana menghadapi pilihanraya kecil N41 Manek Urai tidak lama lagi, Kejohanan Liga Dun Dabong dapat dihabiskan lebih awal kerana hampir semua urusetia kejohanan terlibat dalam membantu kempen pilihanraya di Manek Urai.

Insya Allah, pada minggu depan perlawanan akhir Kejohanan Bolasepak Dun Dabong akan dilangsungkan jika tidak ada sebarang masalah. Majulah Sokan Untuk Agama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...