28 Jun 2009

Kemenangan Manek Urai, wajib dipertahankan - Presiden PAS



MANEK URAI LAMA, 27 Jun - Pilihanraya lalu Barisan Nasional (BN) menghadapi kejatuhan merundum dalam memenangi kepercayaan rakyat Malaysia setelah Pakatan Rakyat menguasai kebanyakan pilihanraya kecil yang diadakan sejak Mei tahun lalu.


Kemenangan berturut-turut Pakatan Rakyat di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Penanti awal bulan lepas akan disusuli kemenangannya di Manek Urai 14 Julai nanti.


Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam ucapannya di majlis pengisytiharaan calon PAS malam tadi menegaskan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai wajib dipertahankan.


"Pada tahun 1978, PAS dihentam secara habis-habisan oleh BN dengan cara yang zalim, sehingga mereka (BN/Umno) mengisytiharkan darurat dan pilihanraya pada ketika itu nyata berat sebelah," ujarnya.


Mengimbas sejarah pahit PAS yang pernah berkerjasama bersama dengan Umno pada tahun 1978 itu, beliau mengharapkan sejarah itu akan sentiasa diingati seluruh ahli PAS secara langsung akan menolak Umno/BN.


"PAS ketika itu hanya mampu memenangi dua buah kerusi dan salah satu kerusi yang di menangi adalah Manek Urai, maka wajarlah untuk wajib kita pertahankan manek Urai ini," tambah beliau.


Sehubungan itu, beliau menyeru khususnya kepada penduduk tempatan untuk mempertahankan Manek Urai bagi meneruskan kepimpinan ulamak yang diterajui Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...